Thursday, 19 January 2017

"Jika libatkan pemimpin pembangkang, sepantas gila bab* cari sampai ke lubang cacing"! & Khalid Samad didenda RM2900 mengajar tanpa tauliah

Khamis, 19 Januari 2017
Foto Suara Rakyat.
WOWW!!.. Tajuk Khutbah pada Jumaat 13/1/2017.. “Pengamal Rasuah Dilaknat Allah SWT”.

Antara petikan khutbah tersebut.. "Pengamal rasuah adalah mereka yang bernafsu besar, atau bersifat tamak haloba, mengamalkan cara hidup mewah, ingin cepat kaya dan terikut-ikut dengan gaya rakan sekerja tanpa mengukur baju di badan sendiri"..

SIAPAKAH MEREKA ?

Hakikatnya, SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DI DUNIA #1MDB yg melibatkan dana berbilion2 ringgit termasuklah RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib, SPRM & penguatkuasa tidak berani nak sentuh & tangkap, KENAPA ??!
Foto Suara Rakyat.
Jika libatkan pemimpin pembangkang, sepantas gila bab* cari sampai ke lubang cacing nak buktikan bersalah..
Tetapi jika libatkan anak pemimpin Umno yg buat bertindak samseng di perkarangan Parlimen yg penuh dgn bukti2 rakaman video hingga kini masih terhegeh2 nak siasat & dakwa..
Malah kes yg lagi besar yg melibatkan ketitiran wang rakyat spt ketirisan Felda yg dipengerusikan oleh Isa Samad, pihak berkuasa & SPRM terus membisu, KENAPA !!

Khalid Samad didenda RM2900 mengajar tanpa tauliah

 | MALAYSIA DATELINE
Khalid Samad didenda RM2,900 atas tuduhan mengajar tanpa tauliah.
Khalid Samad didenda RM2,900 atas tuduhan mengajar tanpa tauliah.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dijatuhkan hukuman denda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Pengarah Komunikasi Amanah itu didakwa melakukan kesalahan itu di Surau Taman Seri Sementa, Klang, pada 16 Ogos 2011 lalu.
Sekiranya gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjarakan selama tiga bulan.
Khalid, yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor III, didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Denda RM2,900 ini tidak menjejaskan kedudukan Khalid sebagai ahli parlimen.
Menurut Khalid, kejadian itu berlaku ketika beliau baru pulang dari Gaza.
“Saya balik dari Gaza, Palestin pada tahun 2011 dan saya telah dijemput ke surau untuk memberi ceramah mengenai perjalanan saya ke Gaza.
“Ceramah itu diberikan di surau dan ketika itu orang Jais menunggu saya, mereka mengambil video ucapan saya dan mendakwa saya mengajar tanpa tauliah.
"Saya memberitahu mereka bahawa saya bercakap tentang perjalanan saya, tetapi mereka masih berkata ia merupakan kesalahan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena