Gambar Haji Hadi Berdakap Mesra Dengan Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei
Sekatan Trump: Mana suara Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia?
Pada
oleh RoketKini
oleh RoketKini
KUANTAN, 31 JAN: Ketika masyarakat dunia mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan sekatan imigresen ke atas rakyat dari tujuh negara majoriti Islam, seorang pemimpin pertubuhan Islam antarabangsa sebaliknya mengambil pendekatan berdiam diri.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan tidak demokratik dan anti-Islam negara republik berkenaan.
“Di mana suara Hadi Awang, seorang pemimpin tertinggi pertubuhan Islam dunia apabila Presiden AS, Donald Trump membuat sekatan ke atas rakyat tujuh negara majoriti Islam masuk ke negara terbabit?
“Dasar AS itu jelas sebuah diskriminasi terhadap komuniti Islam namun, Hadi yang dilihat ‘jaguh kampung’ dalam isu membabitkan Islam masih tetap membisu,” kata Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kepada Roketkini.
Dua hari lepas media melaporkan Mahkamah Persekutuan AS mengeluarkan arahan penangguhan sementara larangan arahan eksekutif yang dikeluarkan oleh Trump itu berikutan bantahan penunjuk perasaan di beberapa lapangan terbang negara berkenaan.
Presiden AS Ke-45 itu bagaimanapun tidak berganjak daripada keputusannya, malah menafikan kononnya arahannya itu menyasarkan umat Islam dan memberikan jaminan bahawa visa hanya akan dikeluarkan selepas ‘dasar paling selamat’ diwujudkan.
Tujuh negara majoriti Islam tersebut ialah Iran, Iraq, Syria, Sudan, Somalia, Libya dan Yaman.
Dalam perkembangan berkaitan, Sosialis Muda DAP (DAPSY) akan mengemukakan memorandum bantahan ke Kedutaan AS bagi membantah sekatan Trump terbabit pada Jumaat minggu ini.
Orang ramai dijemput hadir menyertai protes terbabit bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat, di perkarangan Kedutaan AS, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment