Wednesday, 25 January 2017

[Video] Tun M: Ada beberapa pemimpin PAS serang saya, tang mana saya jahat & Zambry mana Lebuh Raya Jelapang-Selama-Batu Kawan?

Khamis, 26 Januari 2017

Foto Suara Rakyat.
Sebagai Tetamu Allah jauhilah sikap sombong dan takkabur. Sebaliknya hendaklah kita sentiasa bersikap tawadduk atau merendah diri dan ingin menjalin persahabatan sesama manusia.

Firman Allah maksudnya : ” Dikatakan (kepada mereka) Masuklah pintu neraka Jahannam itu, kekal di sana untuk selama-lamanya. Dan amatlah buruk tempat tinggal orang yang takabbur (sombong).” surah al-Zumar ayat 72

Wallahualam~

Lebuh Raya Jelas: Dulu umum, sekarang Zambry nafi?


Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi (tengah) berkata, projek Lebuhraya Jelas dalam pengetahuan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi (tengah) berkata, projek Lebuhraya Jelas dalam pengetahuan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak mempersoal sikap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang seolah-olah tidak tahu kewujudan projek Lebuh Raya Jelapang-Selama-Batu Kawan (Jelas).
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, Zambry sendiri telah mengumumkan projek tersebut di beberapa buah program termasuklah semasa Majlis Jamuan Rakyat Peringkat Daerah Kecil Selama pada 17 Julai 2010 di hadapan Sultan Nazrin Muhibbudin Shah yang pada ketika itu sebagai Pemangku Sultan Perak.
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia pada 11 Mei 2010 melaporkan, Adun Pangkor itu telah menyaksikan majlis menandatangai Perjanjian Persefahaman di antara syarikat yang menguruskan projek tersebut iaitu Beta Mutiara Technologies (BMT) dengan ELAF Bank Bahrain.
"Bagaimana Zambry boleh mengatakan projek ini misteri sedangkan ia dalam pengetahuan beliau selaku menteri besar.
"Saya tak kata beliau tipu, saya anggap beliau lupa," katanya dalam sidang media yang diadakan di Wisma Amanah Perak, Ipoh, hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Amanah Perak, Salman Salleh dan Ahli Jawatankuasa Amanah Perak, Safarizal Saleh.
Pada 21 Januari lalu, Zambry menyatakan kerajaan negeri tidak pernah memberikan sebarang perakuan terhadap pelaksanaan projek lebuh raya yang menghubungkan Jelapang-Selama-Batu Kawan.
Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga difahamkan tidak pernah memberikan sebarang kelulusan pembinaan laluan baharu tersebut.
Mengulas lanjut, Asmuni mengakui projek tersebut sangat penting bagi meningkatkan serta menjana ekonomi penduduk di kawasan-kawasan terlibat sepanjang lebuh raya tersebut.
Justeru sekiranya berlaku masalah dalam projek tersebut, Zambry sewajarnya memberitahu tentang perkara sebenar, bukannya menafikan kewujudan projek tersebut.
"Kami mengalu-alukan projek lebuh raya ini yang akan memberi manfaat kepada banyak pihak, beliau (Zambry) tidak sepatutnya menafikannya.
"Beliau tidak sewajarnya cuba menutup perkara sebenar tentang isu ini, saya harap Zambry bersifat Amanah dalam menjelaskan dan memberi jawapan," katanya lagi.
Projek lebuh raya yang dianggarkan bernilai RM4.6 bilion itu dilengkapi dengan tiga lorong bagi setiap arah utara dan selatan.
Sepanjang lebuh raya ini akan diletakkan pencahayaan jalanan LED yang dikuasakan oleh solar dan memiliki terowong sepanjang tiga kilometer yang melalui Gunung Bintang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena