Sunday, 15 January 2017

[Video BERSATU Tibai Nik Amar] Manifesto BERSATU: Buru setiap sen 1MDB, mansuh GST.

Ahad, 15 Januari 2017


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan manifesto parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuk mendapatkan semula setiap sen yang didakwa "dicuri" daripada 1MDB dan kerajaan jika menang, katanya.
"Kita akan siasat dengan teliti dana 1MDB yang telah disalahgunakan.
"Kita akan buru setiap sen dari 1MDB dan kerajaan yang (didakwa) mencuri, yang kita tahu ada di tangan individu tertentu," katanya disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 5000 hadirin pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam malam tadi.
Pada majlis itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata, pihaknya akan memastikan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB dapat dikembalikan ke Malaysia, sesuatu yang BN gagal untuk lakukannya sehingga hari ini.
Jelas beliau, jika mereka diberikan mandat untuk memerintah, beliau mahu membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat 1MDB dan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Muhyiddin juga berkata, kebimbangan utama rakyat sekarang ialah ekonomi, justeru, dasar-dasar ekonomi negara akan diteliti semula bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat dan menumpukan pada pemulihan ekonomi negara.
Sementara itu, Mahathir berkata, BERSATU akan menghapuskan GST secara berperingkat-peringkat yang akhirnya digantikan dengan cukai jualan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena