Permata Rosmah...
Menteri Besar Selangor | Mantan Menteri Besar Perak | Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak di Bandar Taiping.
Pas sebagai parasit demokrasi
Strategi Pas ini sesungguhnya akan membazirkan undi rakyat, sekaligus merosakkan sistem demokrasi, mereka akan menjadi parasit demokrasi yang hidup menumpang pada salah satu antara dua kuasa besar politik dalam negara.
Pas hari ini mengesahkan lagi matlamat mereka untuk menjadi "King Maker" dalam PRU ke 14 akan datang apabila mensasarkan untuk peroleh sekurangnya 40 kerusi pada Pru akan datang dan pada masa yang sama , turut mengakui bahawa sukar untuk mereka peroleh sejumlah kerusi yang melayakkan Pas membentuk kerajaan sendirian.
Sasaran 40 kerusi untuk dimenangi pada PRU14 adalah mengulangi sasaran Pas pada PRU12 iaitu untuk mendapatkan sekurangnya 40 kerusi parlimen, pada PRU13 yang lalu Pas telah mensasarkan 60 kerusi ini bermakna sasaran ini kembali menurun setelah tiada lagi kerjasama antara parti pembangkang sekaligus Pas akui secara tidak langsung bahawa pecahnya Pakatan Rakyat, telah menjadikan Pas semakin lemah, bukannya lebih kuat bersendirian sebagaimana pernah didakwa.
Menyasarkan 40 kerusi untuk dimenangi tanpa ada sekutu bermakna Pas telah bersedia untuk kalah di 183 kerusi lain atau 82% dari jumlah kerusi yang ada kepada dua teraju utama politik Malaysia, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Sasaran ini juga bermaksud Pas tidak serius untuk menjatuhkan Umno-BN dan menggunakan sentimen agama dan kaum untuk menjustifikasikan tindakan mereka ini. Sebagai sebuah parti yang senior dan terbesar, dengan jumlah ahli mencecah sejuta orang, Pas sepatutnya mensasarkan 112 kerusi dan berusaha keras untuk menjatuhkan Umno-BN dari tampuk kepimpinan, namun jika sekadar ini sasaran mereka maka jelas kemasukan mereka dalam politik dan pilihan raya adalah semata untuk mendapatkan jawatan melalui kaedah "makan keliling".
Kaedah ini akan membantu Pas untuk menumpang pada parti parti yang lebih besar terutamanya BN memandangkan Pas bertegas untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Dengan menumpang BN maka Pas akan peroleh jawatan di dalam kerajaan sekiranya BN menang PRU akan datang, dan jelaslah apabila sebuah parti yang mempunyai jumlah kerusi yang minoriti tidak akan mempunyai kemampuan untuk membela rakyat dan bangsa namun cukup untuk mendapatkan jawatan kepada pimpinan mereka.
Strategi Pas ini sesungguhnya akan membazirkan undi rakyat, sekaligus merosakkan sistem demokrasi, mereka akan menjadi parasit demokrasi yang hidup menumpang pada salah satu antara dua kuasa besar politik dalam negara. Parasit ini jelas sifatnya yang sangat pentingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kehidupan rakyat jelata.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk rakyat marhean bangkit menentang para koruptor yang menduduki tampuk pimpinan, serta menentang para parasit demokrasi yang akan membantu pemimpin korup terus berkuasa.
0 comments:
Post a Comment