Saturday, 28 January 2017

[Video] Kaji selidik sokongan Melayu terhadap Umno-BN jatuh mendadak? Dakwa anti-Islam, Kit Siang cadang saman Hadi.

Sabtu, 28 Januari 2017

Dakwa anti-Islam, Kit Siang cadang saman Abdul Hadi

Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.
Anggota Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau telah meminta peguamnya meneliti perkara itu.
Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, hari ini.
Mengulas mengenai pendirian teguh Pas yang tetap menolak untuk bekerjasama dengan DAP, Lim berkata ia adalah hak Abdul Hadi untuk menolak apa-apa kemungkinan bekerjasama dengan DAP.
Semalam Abdul Hadi dilaporkan berkata Pas mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan Lim untuk bekerjasama dengan DAP bagi memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Agaknya  hadi ni dah berijtihad bahawa dakwah hendaklah dinoktahkan terhadap dap. Siang mlm pascai beratib mengatakan dap musuh islam & tidak boleh ada kerjasama dgn mereka.
Ini adalah ajaran baru hadi & pascainya. Janganlah menghukum & mengecop manusia lain sebegitu rupa, seolah2 syurga & neraka berada di tangannya. Dalam sejarah islam, ramai orang yg pernah tegar anti islamnya akhirnya menjadi pejuang2 tegar islam & mati syahid. Malah beberapa org drpd mereka merupakan org2 yg dijanjikan syurga. Ini adalah hasil dakwah berterusan yg dilaksanakan oleh nabi terhadap kaum musyrikin makkah, hatta mereka yg amat memusuhi baginda. Kalau dakwah dinoktahkan terhadap mereka kerana permusuhan mereka terhadap nabi, maka org2 seperti saidina omar & khalid al walid akan kekal musyrikin di akhir hayat mereka.
Pada pas, dakwah boleh diketepikan demi mencapai tujuan politik sempit. Maka itu, lupakan saja parti pas.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena