Monday, 30 January 2017

Skandal Korupsi Bertahap MEGA! Masihkah PAS mahu menentang kleptokrasi? Rakyat ingin tahu.

Selasa, 31 Januari 2017
Foto DUNIACACAMARBA.
Foto DUNIACACAMARBA.
Apa lagi nak kata?

Masihkah PAS mahu menentang kleptokrasi?

ULASAN | Skandal korupsi bertahap mega, salah guna kuasa dan tadbir urus buruk pemerintahan Datuk Seri Najib Razak dan BN sudah diketahui umum.
Namun rakyat tetap menunggu satu gabungan yang kuat untuk menggantikan BN sebagai kerajaan Persekutuan.
Dari sinilah timbulnya hasrat di kalangan rakyat untuk melihat pembangkang persekutuan bersatu tenaga menewaskan BN dan membentuk kerajaan baru.
Atas keperluan yang mendesak bagi menyelamatkan Malaysia daripada tangan para kleptokrat, Lim Kit Siang telah menghulurkan salam perdamaian kepada PAS.
Beliau mengajak agar usaha menyelamatkan Malaysia ini diutamakan terlebih dahulu.
Ia sepatutnya meletakkan agenda bersama barisan pembangkang negara - yang disokong oleh kebanyakan rakyat - lebih ke atas berbanding perkara-perkara lain.
Malang sekali, salam perdamaian itu ditepis dengan kasar sekali. Dengan alasan Lim dan DAP anti-Islam. Sebelum ini tuduhan itu biasanya dilontarkan hanya oleh Umno.
Namun, apakah sebenarnya keutamaan pembangkang ketika ini?
Sebagai seorang yang pernah berada dalam kelompok usrah PAS dan mengalami sendiri tarbiyah parti itu di kampus, saya masih ingat dalam tamrin demi tamrin kami, sering kali diselitkan bahawa menentang pemimpin zalim itu adalah keutamaan gerak kerja siasah atau politik jemaah.
Rakyat ingin tahu
Berulang kali kami diingatkan bahawa Allah berfirman (bermaksud): "Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka." (Hud: 113)
Malah sering diulang-ulang - baik ketika tamrin mahupun kuliah - kata-kata Sufyan at-Tsauri bahawa, tukang jahit baju pemimpin yang zalim itu sendiri termasuk dalam kelompok zalim.
Jika diturut apa yang diajarkan itu, keutamaan PAS tentulah senada dengan seruan Lim iaitu untuk menyelamatkan negara dari kezaliman-kezaliman Umno dan BN.
Apakah bagi PAS, Umno di zaman Najib sudah tidak zalim lagi meskipun pelbagai undang-undang mengarut digunakan untuk menekan pejuang-pejuang rakyat, manakala kleptokrat berleluasa menyamun kekayaan negara?
Kerusi-kerusi DAP tidak akan terjejas teruk tanpa kerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang. Namun atas jiwa besar dan mahu melihat pembangkang berada dalam satu saf yang kukuh atau sekurang-kurangnya mengelakkan pertembungan tiga penjuru, DAP menghulurkan salam perdamaian.
Sekiranya PAS di Selangor boleh duduk dalam satu mesyuarat yang sama dihadiri DAP dan mengutamakan isu lebih penting dan dipersetujui bersama, tiada sebab mengapa perdamaian paling minimum tidak boleh dicapai di peringkat persekutuan ketika keperluannya jauh lebih mendesak.
Apakah PAS Selangor tidak cukup PAS kerana masih sanggup duduk semeja - meski tanpa kerjasama politik - dengan mereka yang dituduh musuh Islam?
Tentu rakyat ingin tahu, adakah PAS setuju bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kleptokrasi?
Adakah PAS mahu bersama blok pembangkang - termasuk DAP - untuk menentang kleptokrasi itu?
Salam perdamaian sudah dihulur dan ditepis dengan tuduhan buruk dan menghina. Kini biarlah rakyat menghakimi, siapa yang menjunjung kepetingan rakyat dan negara, dan siapa pula yang tidak.

EDRY FAIZAL EDRY YUSOF ialah Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang, Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian Malaysiakini
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena