PH akan letak calon PM lebih baik dari Najib
Pakatan Harapan berjanji akan meletakkan calon perdana menteri yang jauh lebih baik daripada perdana menteri sebelum ini jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail Pakatan Harapan akan mengajak Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan idea dan dasar Pakatan Harapan (PH).
"PRU14 kami akan ajak BN bertarung dari segi idea dan dasar. Sebab itu mesyuarat hari ini banyak tumpuan diberi untuk membina dasar yang lebih kompiten dan lebih baik.
"Bakal PM yang akan diangkat dalam Pakatan Harapan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang," ujarnya.
Beliau menjawab pertanyaan media berkaitan cadangan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim bahawa penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Malah ada desas-desus sebelum ini mengatakan Pakatan Harapan perlu lebih awal mengumumkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya.
Manakala Setiausaha Agung Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berlainan pendirian dalam perkara itu dan menganggap masih terlalu awal bagi PH mengumumkan calon perdana menteri.
"Kita ambil maklum cadangan baik daripada sahabat (Zaid Ibrahim) kami.
"Kalau kita lihat sejarah PRU13 masa itu PR (Pakatan Rakyat) yang bertanding tiga logo walaupun satu manifesto dan sebagainya , didapati pengundi memberikan sokongan begitu besar 53% daripada undi popular diberi kepada PR pada masa itu.
"Kita sudah buktikan ketika itu dan kita harus melihat gambaran yang lebih besar. Ini kerana ada pengundi melihat kepada isu 1MDB dan ada juga soal kos sara hidup dan sebagainya, kita lihat semua sudut.
"Kami akan buat pengumuman secara beransur-ansur." ujarnya.
Sebelum itu beliau dan beberapa wakil daripada gabungan parti dalam Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
0 comments:
Post a Comment