Tuesday, 2 May 2017

[Video MUKTAMAR Sahkan PAS Sokong Kezaliman Dan Bersama Najib] Bilangan Pendatang Asing Kini Mengatasi Kaum India Di Malaysia.

Selasa, 2 Mei 2017

Image result for Gambar pendatang asing di kuala lumpur

Image result for Gambar pendatang asing di kuala lumpur
Bagaikan satu himpunan besar pendatang asing yang menguasai pusat bandar Kuala Lumpur di sepanjang Jalan Silang sempena cuti umum Tahun Baharu Cina, ...Utusan

The Edge Market melaporkan, bilangan pendatang asing telah mengatasi jumlah keseluruhan bangsa India di Malaysia pada tahun 2016. Turut dijangkakan bilangan pendatang asing akan terus meningkat sehingga bakal mengatasi populasi bangsa Cina pula pada 2034.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chua Choon Hwa, Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat itu dibuat berdasarkan data oleh Jabatan Statistik Malaysia dan Kajian Tenaga Buruh Kebangsaan 2014 di forum Populasi Malaysia dalam 2050 : Makna kepada Sosio Ekonomi?.

"Pada tahun 2034, warga asing akan mengatasi kaum cina Malaysia dengan anggaran jumlah mereka akan meningkat di antara 7.4 juta hingga ke 7.5 juta banyaknya. 

Mengikut unjuran, populasi warga asing akan membentuk 24.2% dari penduduk Malaysia pada tahun 2040", katanya di forum tersebut.
Berdasarkan jangkaan itu, populasi warga asing akan menjadi yang kedua tertinggi di Malaysia selepas bangsa Melayu dengan peratusan sebanyak 24.2% pada 2040 iaitu 10.061 juta berbanding 7.474 juta bangsa Cina.

Chua turut menjelaskan bilangan tinggi warga asing di Malaysia berpunca dari kebergantungan negara terhadap tenaga buruh warga asing berkemahiran rendah di mana populasi mereka kini telah pun mencecah 3.1 juta berbanding populasi kaum India Malaysia, iaitu 2.053 juta. - Sozcyili

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena