Thursday, 4 May 2017

[Video Saya Tetap Bongkar Jenayah Najib Perompak 1MDB Walaupun Terima Surat Cinta Rosmah] 1MDB: RM43 JUTA DANA SRC DIKELUARKAN SECARA TUNAI, Siapa yang dapat wang ini?

Jumaat, 5 Mei 2017

Foto Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli bersama Md Dayriz.
6 jam
RM43 JUTA DANA SRC DIKELUARKAN SECARA TUNAI, SIAPA YANG DAPAT WANG INI?
Pada 21 Julai 2015, SPRM menahan seorang lelaki bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid (No KP: 870627-14-5019) dalam siri tangkapan beberapa orang saksi untuk membantu siasatan ke atas 1MDB. Berita itu dilaporkan secara meluas di dalam dan luar negara, seperti mana laporan dari Straits Times yang boleh dicapai di http://www.straitstimes.com/…/fourth-man-arrested-in-task-f…
Beliau adalah salah seorang dari 5 orang yang ditahan oleh SPRM sepanjang siasatan ke atas 1MDB sebelum siasatan itu ditamatkan serta merta apabila Peguam Negara ditukar, kepimpinan siasatan ditukar dan akhirnya badan siasatan bersama 4 agensi (Peguam Negara, SPRM, PDRM dan Bank Negara dibubarkan.
Saya telah menyemak seberapa banyak sumber dan rujukan awam. Setakat ini tidak ada satu laporan pun yang memberi gambaran peranan Ariffin Ismail Shahul Hamid dan kenapa beliau ditahan di dalam siasatan tersebut.
Dengan bocornya dokumen yang dimuatnaik oleh SPRM Insider yang saya mula dedahkan sejak semalam, peranan dan penglibatan Ariffin Ismail Shahul Hamid menjadi begitu jelas dan mengesahkan kenapa beliau antara orang yang paling awal ditahan oleh SPRM dua tahun lalu.
Saya rujuk kepada Diagram 4 dan Diagram 5 dari dokumen tersebut (yang dipaparkan di skrin) seperti berikut:
Diagram 4 menunjukkan aliran dana dari akaun SRC International Sdn Bhd (“SRC”) di antara 9 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015 seperti berikut:
Pada 9 Januari 2015, sebanyak RM39.7 juta dipindahkan dari akaun SRC ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd
Pada hari yang sama (9 Januari 2015), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd mengeluarkan 7 cek kepada sebuah perniagaan persendirian bernama Mail Global Resources, setiap satu cek bernilai RM5 juta menjadikan jumlah cek kepada Mail Global Resources bernilai RM35 juta pada hari itu
Di antara 15 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015, pemilik Mail Global Resources yang bernama Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM35 juta dengan menunaikan cek tunai kepada diri beliau sendiri; iaitu 69 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu, 1 keping cek tunai bernilai RM400,000 dan 1 keping cek tunai bernilai RM100,000
Diagram 5 menunjukkan aliran dana dari akaun SRC International Sdn Bhd (“SRC”) di antara 24 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 seperti berikut:
Pada 24 Disember 2014, SRC memindahkan RM40 juta ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd
Pada hari yang sama (24 Disember 2014), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd
Pada 29 Disember 2014, sejumlah RM8 juta dipindahkan ke akaun berlainan di dalam Ihsan Perdana Sdn Bhd
Pada 30 Disember 2014, RM8 juta yang dipindahkan ke akaun berlainan telah dipindahkan pula dari Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada Mail Global Resources
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd telah mengeluarkan 7 keping cek bernilai RM7 juta setiap satu kepada Mail Global Resources, menjadikan jumlah pindahan kepada Mail Global Resources sebanyak RM35 juta
Pada 31 Disember 2014, pemilik Mail Global Resources iaitu Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM8 juta dengan menunaikan 16 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu
Kedua-dua diagram diagram 4 dan 5 seperti yang diterangkan di atas menunjukkan bahawa dalam tempoh 3 minggu di antara 31 Disember 2014 hingga 20 Januari 2015, Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM43 juta yang berasal dari SRC.
Saya telah menyemak dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dapat mengesahkan bahawa Mail Global Resources didaftarkan di SSM dan dimiliki oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed, seperti dokumen SSM di bawah:
Tanda tanya yang paling besar ialah sumber sebenar dana SRC yang telah disalurkan kepada Ariffin Ismail Shahul Hameed dan kemudian dikeluarkan secara tunai oleh beliau.
Pendedahan dan laporan-laporan lain setakat ini mengesahkan bahawa sejumlah RM140 juta telah dikembalikan kepada SRC dalam bulan Disember 2014 oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd sebagai bayaran kepada dana yang dipindahkan oleh SRC kepada Putra Perdana Development Sdn Bhd beberapa bulan sebelum itu.
Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?
Laporan penuh bersama lampiran boleh didapati di link: http://rafiziramli.com/
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena