Sunday 10 December 2017

[Video JELAS~ BN Tidak Mahu Tun Bertanding] ‘Allah tetap harga barang? Mudah sungguh nafi tanggungjawab’.

Ahad, 10 November 2017

Image result for Harga barang naik
Kerajaan BN tak peduli harga barang naik.

‘Allah tetap harga barang? Mudah sungguh nafi tanggungjawab’

‘Allah tetap harga barang? Mudah sungguh nafi tanggungjawab’
Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hamzah Zainuddin yang mengaitkan kenaikan harga barangan dengan Tuhan menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna Internet. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2017.

PENGGUNA media sosial terkejut dengan kenyataan menteri Kabinet, Hamzah Zainuddin yang menyebut bahawa peningkatan kos sara hidup adalah kehendak Allah.
Kebanyakan pengguna Twitter dan Facebook itu berpendapat, ucapan dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu menunjukkan pemimpin Malaysia sedang menyalahkan Tuhan sekarang bagi menutup kekurangan mereka.
"Apabila ada kemakmuran, seseorang boleh berbangga tetapi ketika sebaliknya berlaku, seseorang dengan mudah meremehkan dan meletakkan kesalahan kepada kehendak Tuhan.
"Sangat mudah menafikan tanggungjawab. Oh Tuhanku, manusia terkenal dengan permainan 'taichi' - jika baik semua mengaku dan tidak pernah mengatakan itu adalah berkat daripada Tuhan. Nokhtah," kata pengguna Facebook, Osman Wahid Zainal Abidinwahid.
Seorang pengguna lagi Facebook, Lee Tai Wah berkata: "Apabila berlaku sesuatu yang salah, ia salah Tuhan. Betapa mudah dan tolol! "
Sementara itu, Anthony Pereira berkata adalah salah untuk menjadikan Tuhan "kambing hitam" bagi kebodohan manusia.
Dalam ucapan di perhimpunan agung Umno semalam, Hamzah membaca sepotong hadis Riwayat Abu Dawud berhubung rayuan oleh pengikut baginda ketika itu agar Nabi menetapkan harga barangan di Madinah.
“Jawab Baginda, 'Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah yang memberi rezeki.
“'Sungguh aku berharap aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta',” katanya, memetik hadis disampaikan Anas bin Malik.
Hamzah yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, juga berkata hadis menunjukkan kerajaan bertindak mengikut ajaran Nabi, iaitu tidak mengganggu pasaran bebas sesebuah negara.
Commented on The Malaysian Insight's public kiriman
app-facebook
Lis Jekop 
They don't know how to manage the economy, they stole billions from the rakyat & make the rakyat suffer to pay back what they stole, then they blame God for it.... Lihat Lagi
pada hari sabtu
Commented on The Malaysian Insight's public kiriman
app-facebook
Awang Abdillah The correct Islamic concept is u work/strive ,God decides. Kita berusaha Allah yang menentukan .Playing the easy blame game is wrong .
7pada hari sabtu
Commented on The Malaysian Insight's public kiriman
app-facebook
Philip Chua Allah gives wisdom to those who pursue and such inflation is due to only ONE single factor ie poor leadership. Not Allah!
pada hari sabtu

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna itu semalam turut menjelaskan, Perdana Menteri Najib Razak menggunakan konsep keadilan Islam dengan memberikan subsidi terhadap barangan keperluan asas.
Katanya, langkah itu dijalankan agar kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat walaupun kerajaan memperuntukkan RM2 bilion setahun untuk merealisasikan rancangan itu. – 10 Disember, 2017.
 The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena