Monday, 4 December 2017

[Video Pesanan Tun~ Khas Untuk Rakyat Perak & Ayuh kita TUKAR Kerajaan UmnoBN PRU14 utk pulihkan negara] Orang kampung tak faham pun 'Politik Matang' Pas! "Kenalah berlapang dada menerima herdikan rakyat", kata Ketua Pegawai Eksekutif Pas Pusat.

Isnin, 4 Disember 2017


Pandangan sinis penyokong pembangkang dan tidak berparti

Pandangan sinis penyokong pembangkang dan tidak berparti

Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada pihak berkepentingan atau sesiapa sahaja yang disebut di dalam catatan ini.

Ini lah gambaran saya perolehi sepanjang turun ke lapangan berbual, berdiskrusi dan sembang santai terbuka atau tertutup khasnya di kalangan mereka di tanah rancangan Felda, Felcra dan pendalaman.

Mereka rata-rata ingin melihat Pas sebagai altenatif kepada mereka untuk menganti Umno sebagai parti teras orang melayu dalam piliharaya akan datang, namun begitu ada beberapa perkara yang seolah membatasi keinginan mereka ini.
Kesukaran mereka memahami apa sebenarnya pendekatan ‘Politik Matang dan Sejahtera’ yang diperkenalkan Pas. Ramai tukang sarah Pas atau penceramah Pas menerangkan 7 teras utama BPMS tetapi penerangan yang dibaca dari pamplet yang dibekalkan langsung tidak membantu golongan orang kampung memahaminya.
Tiada lagi Penceramah Pas yang bergelar jaguh atau ayam tambatan yang boleh mengegarkan pentas ceramah Pas. Mereka kata walaupun media sosial menjadi rujukan popular dikalangan mereka, sentuhan ceramah besar dari tokoh-tokoh Pas masih ditagih kerana pendekatan tradisional ini terus menyentuh hati mereka.
Bila isu dihangatkan oleh penceramah yang mereka jelira, ianya menambahkan lagi keyakinan dan boleh di jadikan modal mereka untuk berbahas dengan orang lain nanti.
Tiada video-video pendek rakaman dari kalangan Ahli Parlimen Pas yang sedang berbahas isu rakyat di Parlimen. Jika ada pun perkongsian link penuh ucapan atau perbahasan. Mereka tidak suka menonton dari perkongsian link. Mereka gemar seperti mana sedutan Video pendek seperti ( saya ambil penuh) mereka memberi contoh Ahli Parlimen dari Amanah dan PKR. Mereka kata Pas amat sedikit video mereka berdurasi.
Ahli-ahli Parlimen Pas juga gagal memberi perhatian isu rakyat ( saya tulis juga walaupun saya tidak setuju) Mereka kata hanya blok pembangkang lain yang aktif. Walaupun mereka kurang atau tidak menyokong parti itu, tetapi bila isu rakyat mereka suka dengar dan tonton dan mereka jadikan bahan tularan.
Mereka tidak nampak bayangan pemimpin yang bakal menerajui Terengganu ( isu Terengganu) mereka sebut nama itu MB, mereka sebut nama ni Exco sambil menunjukan memek muka kurang yakin atau persoalan.
Senang cerita mereka tidak nampak bayangannya. Mereka kata 15 Adun yang ada sekarang gagal menyengat isu-isu rakyat. Tidak nampak menjadi jaguh parti yang boleh memberi nilai tambah keyakinan kepada mereka untuk orang kata teruja sama untuk menukar parti yang memerintah sekarang. Mereka sebut hanya seorang dua tu ada lah.
Begitu juga dengan pimpinan pusat sesi ini. Isu rakyat bagai dibiarkan berlalu. Isu umat Islam pula diberi penumpuan terutama isu rohingya dan Asia Barat.(Mungkin maklumat aktiviti Adun-Adun Pas tidak sampai kepada mereka).
Bagi warga Nelayan pula mereka seakan masih menaruh kebergantungan hidup mereka kepada kerajaan persekutuan, mereka kurang yakin dengan pihak pembangkang boleh menawarkan sesuatu kehidupan yang lebih baik jika mereka merubah kerajaan yang sedia ada.
Walaupun saya hanya sempat mencatatkan hanya beberapa perkara pada pandangan dan persoalan yang mereka timbulkan, waktu yang berbaki sekitar 100 hari ini cukup untuk parti pembangkang terutama dari blok Gagasan Sejahtera menginjak golongan ini agar membawa mereka kepada anjakan paradigma secara menyeluruh.
Menyakinkan mereka ini adalah cabaran paling sukar seperti juga pelan pemasaran sesuatu produk. Walaupun produk yang baik dan terbukti berkesan tetapi penyudahnya pegawai pemasaran gagal menarah keyakinan dihati pelangggan produk yang baik tidak ke mana.
Begitu juga dalam masa 100 hari ini, walaupun rakyat sangat tertekan dengan kehidupan seharian, peluang perkerjaan hilang, barangan harian mahal membedil, jenayah berleluasa, persaingan berat sebelah dengan warga asing dalam mencari nafkah menyara keluarga, semua ini belum tentu memberi keterujaan untuk mereka membuat perubahan.
Isu besar negara hari ini, Tabung Haji, 1MDB, Felda, Petronas, GST, Proton, pencerobohan sempadan, rasuah kalangan Menteri dan anak beranaknya, rasuah di kalangan penjawat awam dan bermacam bagai lagi keserabutan isu yang mereka kena hadapi juga tidak memberi natijah perubahan kepada mereka kerana mereka mendakwa pemimpin parti seronok-seronok di atas, kita di bawah terus terabai masa depan.
Walaupun pahit kita kena telan, mereka juga keliru dengan blok-blok pembangkang yang berpecah. Keintiman pemimpin kerajaan gelak sakan bersama pemimpin pembangkang bagai menjadi antibody jahat melawan kebatilan.
Pakatan Harapan perlu lunyaikan Gagasan Sejahtera untuk menagih undi, mereka kata berebut dan tarik menarik sokongan dikalangan sesama sendiri. Begitu juga sebaliknya. Kesepakatan dalam pembangkang mereka inginkan dalam masa 100 hari ini. Perkara ini tidak mustahil berlaku. Ini pandangan mereka.
Barisan Nasional pula dilihat mengambil peluang melaga-lagakan blok pembangkang untuk memastikan blok ini terus berkelahi, bila serangan mereka dihala sesama mereka, Umno boleh menumpukan gerakerja lain seperti memindah pengundi secara menyeluruh .
Kerajaan Barisan Nasional melengahkan gerakerja pembangkang dengan persempanan baru, semua ini menjadikan bebebanan kepada pembangkang bertambah-tambah. Di kawasan BN kalah tipis boleh lihat pertambahan pengundi. Kem-kem Polis dan tentera diwujudkan. Semua ini memberi kelemahan golongan ini untuk membuat perubahan menukar kerajaan.
Kesimpulanya semua Parti pembangkang perlu mengubah cara kempen secara drastik dan berkesan. Keyakinan penyelesaian isu rakyat yang sangat tertekan perlu diterjemahkan. Janji-janji manis atau sedap yang tidak hipokrit perlu dijaja. Tokoh atau calon-calon perlu dijelmakan, bukan terus berteka-teki dengan alasan strategi.
Kena berlapang dada menerima herdikan rakyat, menampakan kita berjiwa besar, tidak perlu hantar orang ini, atau orang itu untuk menegur,tadah cadangan dan pandangan golongan ini. Jadikan mereka pakar rujuk cadangan, jangan terlalu bawa cadangan parti, kajian parti kerana mereka melihat pakar-pakar parti tidak pernah mengharungi kehidupan dilapangan.
Jika parti-parti berlapang dada, anjakan paradigma dibuat , 100 hari sudah cukup memberi harapan kepada golongan ini, golongan hanya penyokong parti, golongan yang benci dengan kerajaan hari ini dan golongan penjawat awam yang sedang memerhati.
*Penulis Noraza Muda adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pas Pusat.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena