Wednesday, 18 April 2018

[Video Betullah Pas menjadi SOKONGAN KEPADA UMNO PRU14?] Adakah TM sertai gerakan ganggu Demokrasi Berparlimen? "Saya menyeru pekerja TM supaya tidak mudah digertak!" & “Berani-beranilah!”

Khamis, 19 April 2018

Foto Otai BERSIH.
Apabila si penyangak pergunakan duit dari 1MDB, yang di curi nya...!!
SEBARKAN...!!


Nazri mai Langkawi malam tadi...
Tumpang sekole.Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.


Otai BERSIH menambah 2 foto baharu
1 jam
Sorok sorok lah sikit kan dah nampak tu...
Baru-baru dilaporkan dalam sebuah portal berita tempatan bahawa Telekom Malaysia (TM)yang telah mengeluarkan pekeliling yang menghalang pekerja TM untuk terlibat dalam pilihanraya raya umum yang ke-14 yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 18 April 2018.
Pekeliling itu menyatakan bahawa pekerja TM tidak boleh memainkan peranan selaku warga negara Malaysia untuk menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi mana-mana parti politik.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, larangan para pekerja untuk terlibat dalam kempen pilihanraya sama ada menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi parti-parti politik adalah tindakan yang bertentangan dengan hak berpersatuan dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 10 Perlembangaan Persekutuan memperuntukan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk bebas bersuara dan berpersatuan selagi tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya percaya ramai tidak faham, sejak bila pula penglibatan dalam proses demokrasi yang dijamin perlembagaan dan undang-undang menjadi seasuatu yang mengancam keselamatan negara.
Adakah TM kini sudah menjadi sebahagian dari gerakan yang sedang giat berusaha untuk menyusahkan warga Malaysia daripada melaksanakan tanggungjawab demokratik mereka? Kita dapat melihat kebelakangan ini, kenyataan-kenyataan menteri dan jentera Barisan Nasional seolah-olah mengarapkan tidak ramai terlibat dalam proses pilihanraya lebih-lebih lagi sebagai seorang pengundi.
Jika TM sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari gerakan ganggu demokrasi berparlimen, mengapa tidak TM keluarkan saja pekeliling menyuruh agar pekerja-pekerjanya tidak boleh mengundi terus? Saya percaya, para pemimpin Barisan Nasional yang seboleh-boleh tidak mahu ramai keluar mengundi bergembira jika TM bertindak sedemikian.
Saya menyeru pekerja TM supaya tidak mudah digertak oleh mana-mana anasir gerakan ganggu demokrasi berparlimen kerana ianya jelas bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara kita.
Kepada semua pekerja TM, saya sisipkan apa yang Tun Mahathir pesankan ketika konvensyen Pakatan Harapan 2018, “Berani-beranilah!” – Roketkini.com
*Edry Faizal Eddy Yusof adalah Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ahli Majlis; Majlis Perbansaran Selayang

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena