Tumpang sekole
Perhimnpunan di Guar Chempedak, Alor Setar disertai puluhan ribu peserta.
Gelombang Pakatan Harapan (PH) kini bergerak dari utara ekoran sambutan hebat pengundi di Kedah dan Perlis terhadap Jelajah Pakatan Harapan (JPH) kelmarin dan malam tadi.
Selepas berjaya menarik puluhan ribu penyokong di Kedah, JPH membuat kejutan lagi di Perlis, negeri yang selama ini kurang cenderung dengan himpunan politik.
Dalam himpunan JPH di Utan Aji malam tadi, ribuan rakyat Perlis menyertai perhimpunan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu
.Kedua-duanya dinamakan sebagai bakal perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika PH menang dalam PRU 14 nanti.
Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) berakhir 26 Mac lalu mendapati Kedah akan jatuh ke tangan PH dalam PRU 14 nanti.
Faktor utamanya adalah pengaruh Tun Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz, bekas menteri besar Kedah yang diberhentikan oleh BN.
Merdeka Centre pula meramalkan gelombang politik akan berlaku di Kedah.
“Insya Allah gelombang politik akan bergerak dari utara ke selatan,” kata seorang pemerhati politik melihat kepada apa yang berlaku di Kedah kelmarin dan Perlis malam tadi.
Presiden PH, Dr Wan Azizah sendiri terkejut dengan sambutan di Kedah dan Perlis itu.
“Hebat sambutan rakyat Perlis! Gelombang Pakatan Harapan bakal tumbangkan kerajaan GST Barisan Nasional,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Semasa JPH di Kedah, beliau menulis “Lautan manusia di Jelajah Pakatan Harapan Kedah sekarang ini. Tahniah rakyat Kedah!”
Politik Perlis yang biasanya sejuk telah panas malam tadi apabila mereka menyertai JPH di Utan Aji.
0 comments:
Post a Comment