Saturday, 21 April 2018

[Video Mat Sabu Di Hadapan Ribuan Rakyat] KUASA RAKYAT VS KUASA WANG! Umno tertikam dengan kerisnya sendiri dan sedang bergelut untuk selamatkan nyawa & Bahasa sombongnya, kita tunggu lihat umno collapse!

Ahad, 22 April 2018
Image may contain: text
Tumpang sekole.

KUASA RAKYAT VS KUASA WANG



100% tepat.. 
Bolehkah dinafikan lagi.. .

Tun dan PH sedang mempamerkan sokongan tsunami rakyat,  mungkin tidak mega,  tapi agak besar dan menggerunkan sedikit sebanyak. . 

Umno tertikam dengan kerisnya sendiri dan sedang bergelut untuk selamatkan nyawa dalam pertikaian status perundangan.
Setakat mana kuasa caretaker govertment dan wang mampu menolongnya? 

Halangan kedua adalah berdepan dengan pembangkang yang (1) berpengalaman,  mempunyai (2)pelbagai percaturan dan international networking serta (3) dirahsiakan sementara waktu...
Sekali lagi setakat mana wang boleh membantu menghadapi tiga (3) kelebihan pembangkang ini yang diketuai oleh Tun. 

Bahasa sombongnya,  kita tunggu lihat umno collapse!? #$@"'!:"'!?

Posted by 

BUKU YANG MESTI DIMILIKI SEBELUM 9 MEI INI

Dalam penulisan buku-buku politik, nama Ahmad Lutfi Othman barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi.

Beliau merupakan antara penulis yang banyak mengupas isu-isu pergolakan dalam UMNO dalam bentuk buku, terutama yang melibatkan Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Ghafar Baba, Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya.
Kerancakannya berkarya lebih memuncak lagi apabila Anwar dipecat daripada UMNO dan meskipun Anwar pernah bersikap keras terhadapnya dalam isu purdah melibatkan mahasiswa sehingga beliau dipecat daripada UTM, Ahmad Lufti sedia melupakan luka lama dengan menjadi antara pembela kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
Apatah lagi waktu itu, Anwar turut didokong oleh Pas yang dipimpin oleh Ustaz Fadzir Noor dan parti Islam itu memang merupakan wadah politik yang dekat dihati Ahmad Lutfi.

Ketika era reformasi, tulisannya dalam bentuk buku laris bagai goreng pisang panas dan makalah tidak berkalanya yang diterbitkan hampir setiap bulan pula sentiasa menjadi penantian ramai.

Dan sudah tentu, sasaran kritikannya paling banyak ketika itu ialah Tun Mahathir.
Akhbar Harakah di mana beliau bertugas juga turut mendapat limpahan pembeli serta pembaca pada ketika itu.

Setelah lama menyepi berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya, di samping turut tidak lagi bersama Pas mahu pun Harakah, menjelang PRU 14 yang bakal tiba tidak lama lagi, Ahmad Lutfi kini tampil dengan buah tangan terbarunya bertajuk "Mengapa Mahathir?".

Tulisan beliau kali ini antaranya mengupas mengenai pelbagai kekeliruan berikutan kembalinya semula Tun Mahathir  dalam kancah politik nasional dan perlunya perjuangan bekas Perdana Menteri itu diberikan sokongan sebulat-bulatnya.
Turut dikupasnya ialah mengenai peranan Pas yang kini tidak lagi bersama gelombang perubahan, sebaliknya lebih selesa memilih untuk menjadi "kingmaker" saja.

Buku berharga RM13 baru saja berada di pasaran dan boleh juga dibeli secara dalam talian dengan menghubungi/SMS/Whatsapp LUQMAN HAKIM di talian 019-2903291.

Apa pun, menjelang detik-detik perubahan yang menjadi penantian seluruh negara pada 9 Mei depan, buku "Mengapa Mahathir?" ini amat sesuai, bahkan merupakan keperluan untuk dibaca serta dimiliki, terutama bagi mereka yang masih sangsi atau ada kekeliruan tertentu terhadap Tun Mahathir.  (ShahbudinHusin 21/04/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena