Saturday, 21 April 2018

[Video Pakatan Bakal Menang Parlimen Padang Rengas Dari Umno BN] Siapa menipu? Ahmad Maslan atau Jabatan Kastam? Tangguh Pemilihan! Kini, Umno umpama seekor ayam yang tidak berkepala.

Sabtu, 21 April 2018

Foto Anwar Ibrahim.
Siapa menipu? Ahmad Maslan atau Jabatan Kastam?

Bolehkah Umno tangguh pemilihan parti hingga 2019?


SAYA ingin mengulas sedikit tentang perkara ini kerana ia isu awam yang amat penting. 
Isu ini penting kerana dua sebab, yakni:
i) Umno ialah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan tunggak kerajaan kita. Oleh kerana itu, isu ini memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara dan kepada semua rakyat Malaysia sebagai golongan yang diperintah oleh kerajaan.
ii) Pendaftaran Pertubuhan (Registrar of Societies - RoS) sering sekali mengambil tindakan terhadap pertubuhan yang tidak mengikut undang-undang ataupun perlembagaan mereka. Contohnya, DAP - di dalam kes DAP, RoS dengan teliti sekali menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan pegawai-pegawai DAP adalah sah. Pada masa ini pula RoS dengan tekun sekali mentelaah perlembagaan Bersatu untuk memastikan parti itu mengikut undang-undang dan perlembagaannya. Saya merasa amat bangga dengan ketelitian dan ketekunan RoS menjalankan tugas-tugasnya. Syabas.
Isu Umno ialah: bilakah Umno sepatutnya memilih ahli Majlis Tertinggi mereka, termasuklah jawatan presiden, naib presiden, timbalan-timbalan presiden dan sebagainya. 
Isu ini penting kerana umum mengetahui bahawa presiden Umno akan menjadi perdana menteri, timbalan presiden akan menjadi timbalan perdana menteri dan sebagainya.
Mengikut peruntukan Perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih tiga tahun sekali.
Kali terakhir Majlis Tertinggi dipilih ialah pada 19 Oktober 2013. Jadi pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno sepatutnya diadakan pada 19 Oktober 2016.
Klausa 10.16 pula memberikan kuasa kepada Majlis Tertinggi Umno untuk menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi selama 18 bulan.
Jadi, jika kuasa dibawah klausa 10.16 digunakan untuk menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno, maka pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno mesti dibuat selewat-lewatnya pada 19 April, 2018 iaitu 18 bulan dari 19 Oktober, 2016.
Namun, Umno telah menangguhkan pemilihan ini sehingga 19 April, 2019! 
Itu bermakna Umno menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi bukan sahaja untuk 18 bulan tetapi 30 bulan. Walhal Perlembagaan Umno hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja.
Mansor menyatakan bahawa RoS telah membenarkan permohonan Umno untuk melanjutkan tarikh pemilihan ahli-ahli Majlis Tertingginya di bawah Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan.
Persoalannya sekarang: apakah RoS mempunyai kuasa di bawah Seksyen 13A (4) untuk melanjutkan tempoh jangkamasa untuk Umno membuat pemilihan parti? 
Pada pendapat saya, Seksyen 13A (4) langsung tidak terpakai kepada kes ini. RoS dengan itu tidak ada kuasa di bawah seksyen itu untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuk Umno membuat pemilihan parti.
Seksyen 13A (4) ialah seperti berikut:
(4) The Registrar may, on application in writing made to him by a registered society, extend the time provided by him to the society in any order made under subsection (1) or (2) if he is satisfied that the society has given good grounds in its application and it would be just and proper to grant such extension.
Jelas dari peruntukan Seksyen 13A (4) bahawa RoS hanya mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa yang diperuntukan oleh RoS sendiri melalui apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS di bawah seksyen kecil (1) atau (2).
Ini jelas dari frasa: "extend the time provided by him" di dalam seksyen tersebut.
Masa untuk memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno bukan diberikan oleh RoS (not provided by him). Masa itu diperuntukkan di dalam Perlembagaan Umno sendiri.
Oleh itu RoS tidak mempunyai kuasa langsung untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa di bawah Seksyen 13A (4) walaupun permohonan bertulis dibuat kepada RoS.
Seksyen 13A (4) sebenarnya hanya terpakai kepada keadaan di mana RoS telah memberikan atau membuat apa-apa perintah atau direktif kepada mana-mana pertubuhan untuk berbuat sesuatu di dalam jangka masa tertentu mengikut kuasanya di bawah 13A (1) atau (2).
Di dalam keadaan itu, sekiranya pertubuhan itu membuat permohonan bertulis untuk melanjutkan jangka masa yang diberikan oleh RoS, maka RoS boleh melanjutkan jangka masa itu.
Di dalam kes Umno, jangka masa pemilihan diperuntukkan di dalam Perlembagaan Umno sendiri. Jangka masa itu bukan dari apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS melalui Seksyen 13A (1) atau (2). Jadi Seksyen 13A (4) tidak ada kena mengena dengan kes Umno dan tidak terpakai langsung.
Dengan itu, ternyata bahawa Tengku Adnan telah bergantung kepada peruntukkan undang-undang yang salah dan tidak relevan.
RoS sebenarnya tidak mempunyai kuasa di bawah seksyen tersebut untuk memberi perlanjutan masa.
Umno sepatutnya perlu membuat pemilihan ahli-ahli Majlis Tertingginya pada atau sebelum 19 April, 2018.
Kegagalan Umno berbuat demikian akan menyebabkan Umno menjadi sebuah pertubuhan yang tiada ahli dan kuasa eksekutif. Ia seperti seekor ayam yang tidak berkepala. – 2 Mac, 2018.
* A. Hisham adalah pembaca The Malaysian Insight.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili 
TMI.pandangan The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena