Ini janji Pakatan Harapan khas untuk suri rumah sepenuh masa. Kerajaan Pakatan Harapan akan menyumbang RM50 sebulan disamping 2% caruman daripada suami.
Harapan menang, wanita senang
#KuasaWanita
#WanitaHarapan
#RakyatMestiMenang
#SokongHarapan
#UndiKEADILAN
Harapan menang, wanita senang
#KuasaWanita
#WanitaHarapan
#RakyatMestiMenang
#SokongHarapan
#UndiKEADILAN
Husni bukan lagi pilihan Umno Tambun
Walaupun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kerusi Tambun, Umno bahagian itu tidak meletakkan namanya sebagai calon mereka pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.
Menurut sumber, bagi menggantikan Ahmad Husni, Umno Tambun mencalonkan timbalan ketua bahagia itu, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.
Ahmad Husni menjadi wakil rakyat bagi kerusi parlimen Tambun selama lima penggal sejak 1995.
Selain itu, sumber itu berkata lagi, nama Aminuddin juga dikemukakan kepada Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
“Kita tak tahu sama ada Zambry akan hantar nama Aminuddin kepada (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Najib akan pilih Aminuddin sebagai calon Tambun.
“Tapi Umno Tambun sekarang sokong Aminuddin dan mahu Aminuddin sebagai anggota parlimen Tambun,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Menurutnya, hubungan Umno bahagian Tambun dengan Husni - bekas pemimpin mereka - tegang sejak beliau meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kabinet pada 2016.
"Bahagian (Umno) dan Husni sekarang sudah tak ngam,” kata sumber itu lagi.
Nada tak lagi sama
Sejak terlibat dengan politik dan menjadi ketua Umno Tambun pada 1993, karier politik Ahmad Husni begitu ‘lancar' sehingga beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan II pada 2009.
Pada ketika itu, portfolio Ahmad Husni termasuk menjadi jurucakap kerajaan mengenai perkara berkaitan 1MDB.
Selepas meletakkan jawatan, Husni kemudian mempersoalkan tentang keperluan 1MDB di Parlimen dan memberi amaran kepada BN bahawa isu berkenaan mungkin akan menghantui parti itu pada masa akan datang.
Bagaimanapun, setahun kemudian, Ahmad Husni mengejutkan ramai apabila mengubah nadanya dengan memuji perdana menteri dan mendakwa Malaysia "sifar rasuah di bawah pentadbiran Najib."
Pada Februari lalu pula, Ahmad Husni menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan parlimen Tambun sekiranya diberi mandat oleh Najib.
Sementara itu, sumber itu memberitahu Malaysiakini hubungan Husni dan Aminuddin sebelum ini umpama “guru dan pelajar”.
Namun, katanya, keadaan benar-benar berbeza sekarang.
Aminuddin merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Hulu Kinta dan mengambil alih tugas Ahmad Husni di Umno Tambun sejak 2016 dan turut aktif di kawasan itu, kata sumber tersebut.
Ketika ditanya sekiranya Najib yang juga presiden Umno mahukan Ahmad Husni kekal mewakili BN di Tambun, sumber itu berkata akar umbi kawasan berkenaan akan mematuhinya.
"Terpaksalah buat untuk menangkan BN. Sesetengah orang tak puas hati tapi kerja juga,” katanya.
Sementara itu, sumber lain pula memberitahu, beliau tidak yakin peluang Aminuddin untuk bertanding di Tambun memandangkan hubungan Ahmad Husni dan Najib amat rapat.
"Hubungan Ahmad Husni dengan Najib kuat, mereka kawan lama, Aminuddin hanya orang baru,” kata sumber itu.
Ketika Malaysiakini menghubungi Ahmad Husni, beliau enggan mengulas mengenai dakwaan Umno bahagian Tambun yang tidak menamakannya sebagai calon.
“Tak apa nanti kita bincang,” katanya ringkas.
Ahmad Husni merupakan salah seorang calon BN yang menampakkan peningkatan majoriti semasa pilihan raya umum ke-13.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment