Saturday, 5 January 2019

[Video Bekas pekerja SPAD terima RM23 juta pampasan, tawaran kerja baru] Rafizi: Hadi ibarat mentua sorok menantu mencuri & Laporan: Anak menteri ditahan positif ganja.

Sabtu, 5 Januari 2019
Foto Siakap Keli Press.
Dengan orang2 sekali hilang?
Kredit: Media Disaster
Foto Siakap Keli Press.
Bawak lari meja terus ke bang..
Kredit: Saging Silvatien Awang

Rafizi: Hadi ibarat mentua sorok menantu mencuri

Lebih kurang seminggu lalu, di London, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London.
Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harakahdaily, yang kemudiannya dipetik oleh Malaysiakini seperti laporan ini.
Antara lain, Abdul Hadi menyebut:
“Mereka hentam Tabung Haji melalui media, bukan melalui mahkamah. Media menjadi hakim, ini tak betul, salah! Apa membimbangkan kita, digunakan isu ini untuk merendahkan imej Islam.
“Itu agenda itu ada. Ini kita kena sedar. Padahal pihak lain banyak juga buat salah. Tapi dibesarkan di media, agenda yang tersirat ialah untuk menjatuhkan imej Islam,” kata Abdul Hadi.
Isu pengurusan dan penyelewengan kewangan di Tabung Haji ini telah saya huraikan sejak 2013 iaitu tahun pertama saya berada di Parlimen dahulu. Dari pengalaman saya sebagai juruaudit dan akauntan bertauliah, terlalu jelas ada benda yang tidak kena mengenai pengurusan kewangan Tabung Haji.
Sejak 2013, saya telah menulis 33 analisis dan pandangan, termasuk membongkar pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang merugikan penabung sehingga mencecah berbilion ringgit. 
Semuanya boleh dibaca di sini, jika Abdul Hadi sudi meluangkan sedikit masa menimba ilmu yang di luar kepakaran beliau (kewangan).
3 salah urus
Apa yang dituduh oleh Abdul Hadi sebagai “agenda menjatuhkan imej Islam” itu adalah salah urus yang jelas, seperti yang telah dilaporkan secara meluas hasil dari audit terperinci PriceWaterhouseCoopers, iaitu:
1. Sebanyak RM549 juta kerugian dalam pelaburan Tabung Haji yang gagal (sebahagian besarnya kerana penyelewengan) telah disembunyikan. Ini untuk membolehkan Tabung Haji melaporkan keuntungan yang lebih tinggi untuk membayar dividen (keuntungan dari simpanan) kepada penabung, sedangkan keuntungan itu tidak wujud dan wangnya tiada.
2. Keuntungan dari penjualan saham Bank Islam sebanyak RM533 juta seperti yang direkodkan oleh Tabung Haji, sebenarnya hanya helah perakaunan untuk “mencipta” keuntungan yang tidak wujud. Tabung Haji kononnya “menjual” saham-saham itu kepada empat broker saham iaitu UOB, Kenanga, TA Securities and Affin untuk menunjukkan keuntungan, sebelum membeli balik saham-saham itu pada harga yang sama.
3. Sebanyak RM436 juta keuntungan anak-anak syarikat Tabung Haji yang diisytiharkan sebagai dividen dan sepatutnya dibayar kepada Tabung Haji, kekal tertunggak sehingga 30 September 2018. Ini bermakna Tabung Haji merekodkan keuntungan dari anak-anak syarikat dan ia mendapat pendapatan apabila dividen dibayar oleh anak-anak syarikat. Masalahnya, dividen itu belum dibayar, bermakna pendapatan RM436 juta Tabung Haji itu tidak ada.
Kesemua ini boleh dibaca dengan terperinci di dalam laporan PwC yang dibentangkan di Parlimen, dan dirumuskan dalam laporan-laporan The Edge.
Jangan mudah terkeliru
Saya faham kalau Abdul Hadi terkeliru dengan beberapa alasan yang diberikan oleh bekas perdana menteri Najib Razak dan pemuka-pemuka Umno, tetapi wajar juga beliau mendalami ilmu kewangan untuk mengetahui sejelas-jelasnya kedudukan kewangan Tabung Haji.
Ada yang berkata kesemua angka kewangan itu hanyalah angka-angka yang dimanipulasi untuk memburukkan Najib, kononnya wang tidak hilang dan masih ada di situ.

Kerugian RM549 juta dalam pelaburan-pelaburan Tabung Haji itu benar-benar berlaku, maknanya wang benar-benar hilang. 
Sejak sedekad lalu, Tabung Haji melabur secara besar-besaran membeli anak-anak syarikat. Contohnya pelaburan di dalam syarikat roti, pelaburan di dalam syarikat kejuruteraan minyak TH Heavy Engineering, syarikat IT dan lain-lain.
Ia satu perubahan kepada model pelaburan Tabung Haji, iaitu daripada melabur membeli saham tanpa terlibat menguruskan perniagaan (seperti KWSP) kepada mewujudkan anak-anak syarikat yang terlibat secara langsung di dalam perniagaan (seperti PETRONAS).
Dalam contoh THHE, Tabung Haji terus menyuntik dana (dalam bentuk saham, pinjaman dan dana didahulukan) apabila THHE terus mengalami kerugian. Sahamnya terus merudum.
Dana yang disuntik oleh Tabung Haji itu hilang, kerana ia diselewengkan oleh orang-orang yang diberikan amanah menguruskan pelaburan Tabung Haji itu. Akhirnya syarikat itu digantung kerana sudah mencecah tahap muflis.
Sepanjang sedekad, Tabung Haji memang telah menyuntik melebihi RM600 juta ke dalam THHE (dalam pelbagai bentuk). Di dalam rekod kewangan Tabung Haji, ia menunjukkan lebih RM600 juta telah disuntik.
Tiada lagi nilai
Tetapi saya, juruaudit dan seluruh dunia (yang tidak mudah berpuas hati) mengetahui dana itu telah hilang kerana telah diselewengkan. Kalau Tabung Haji menuntut kembali dana itu, ia tidak akan mendapat balik kerana THHE tiada lagi nilai.
Mengikut peraturan kewangan, pelaburan-pelaburan seperti ini mestilah direkodkan susut nilainya untuk menunjukkan nilai terkini yang realistik. 
Walaupun lebih RM600 juta telah dilaburkan dan disuntik, tetapi jika RM600 juta itu tidak menjana pendapatan dan dana itu tidak dapat diambil balik, maka nilai pelaburan itu menjadi sifar. 
Jumlah RM600 juta yang telah dilaburkan itu perlulah direkodkan sebagai susut nilai (“impairment”) akibat kerugian pelaburan.
Tetapi Tabung Haji mengubah peraturan kewangannya agar susut nilai ini tidak direkodkan, yang bermakna ia menyembunyikan kerugian yang benar-benar telah berlaku.
Bukan sahaja wang simpanan orang miskin lesap, ia cuba pula disembunyikan.
Tuding jari anak jiran
Bagi saya, sikap Abdul Hadi ini tidak ubah dengan sikap lama dalam masyarakat Melayu.
Kalau seorang mentua tahu bahawa menantunya mencuri, dia akan berdolak-dalih. Dia lebih bimbangkan malu yang ditanggung oleh besannya (maklumlah besannya itu orang bangsawan) dan malunya sendiri, kerana dia juga yang berbangga-bangga dengan besannya (walaupun orang kampung kurang selesa dengan besannya).
Akhirnya, dia bersekongkol menyembunyikan dan menafikan yang menantunya mencuri, walaupun menantunya mencuri dari dalam rumah dia sendiri!
Apabila ditanya, dia lebih rela menuding jari kepada anak jiran di sebelah rumah dari menerima hakikat yang menantunya yang duduk dengannya yang mencuri dari dalam rumah.
Kita akan terus berdepan dengan cerita-cerita penyelewengan begini. Ada yang berpunca dari pentadbiran Najib dahulu, ada yang datang dari pentadbiran Pakatan Harapan di masa depan.
Nasihat dan ingatan saya kepada diri sendiri dan orang ramai: jangan mudah berpuas hati, teliti terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan menyucikan sesuatu.
Sebabnya, lama-kelamaan bukti akan keluar juga, jika penyelewengan benar-benar berlaku.

RAFIZI RAMLI merupakan naib presiden PKR.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Laporan: Anak menteri ditahan positif ganja

Seorang anak menteri dilaporkan ditahan polis tengah malam tadi selepas didakwa positif ganja.
Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
Menurut laporan itu, pemeriksaan dibuat terhadap 101 individu dan dua - termasuk lelaki itu - positif ganja.
Polis telah mengesahkan penahanan itu dengan Malaysiakini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Zainuddin Yaakob berkata kedua-dua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laporan itu dan telah menghubungi menteri terbabit untuk mendapatkan komennya.
Menurut laporan itu lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena