Friday, 4 January 2019

[Video Tun Dr Mahathir & Anwar ''Kita Dah Selesai Tiada Masalah''] Anwar sudah lebih dari bersedia jadi PM? EKSKLUSIF: Rombakan besar pentadbiran awam.

Sabtu, 5 Januari 2019

Anwar sudah lebih dari bersedia jadi PM - Penganalisis

Peralihan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim perlu ditunaikan bagi mengelakkan perbalahan tercetus dalam gabungan Pakatan Harapan, kata penganalisis politik.
Meskipun menurut Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah berkata tiada tempoh waktu akhir rasmi yang pernah dipersetujui, namun umum ketahui bahawa jawatan tersebut akan disandang Anwar dalam tempoh dua tahun selepas Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Prof Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), sekiranya janji itu tidak ditunaikan ia bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada penyokong presiden PKR itu tetapi juga mereka akan bertindak balas.
"Tempoh (rasmi) memang tidak ada tapi dalam lingkungan yang disebut oleh kedua-dua belah pihak sebelum ini adalah tempoh dua tahun. Seluruh dunia sudah tahu dan memang tidak ada tarikh yang pasti sekarang.
mk.

EKSKLUSIF: Rombakan besar pentadbiran awam

Kuala Lumpur: Kerajaan semalam melakukan rombakan besar-besaran dalam pentadbiran awam membabitkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan tiga Ketua Pengarah.
Semua mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar di Jabatan Perdana Menteri.


KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim ditukarkan ke Kementerian Kerja Raya dan tempat beliau digantikan oleh Datuk Dr Mohd Ghazali Abas yang sebelum ini KSU Kementerian Pendidikan.
Tempat Dr Mohd Ghazali pula diisi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan yang dinaikkan pangkat.
Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz dinaikkan pangkat sebagai KSU kementerian sama.
KSU Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripudin Kasim pula ditukarkan ke Kementerian Wilayah, manakala Timbalan KSU Kementerian Pengangkutan, Mohd Khairul Adib dinaikkan pangkat sebagai KSU kementerian itu.
KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Tan Yew Chong pula bertukar tempat dengan Datuk Zurinah Pawanteh ke Kementerian Industri Utama.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, pula dilantik sebagai KSU Kementerian Luar.
Proses biasa
Muhammad Shahrul Ikram, 58, menggantikan Datuk Seri Ramlan Ibrahim, 61, yang tamat kontrak perkhidmatan pada 6 Januari ini.
Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Datuk Jamil Rakon pula dilantik sebagai Ketua Pengarah (KP) Imigresen yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali, yang mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dinaikkan pangkat sebagai KP Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
Yang turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan KP Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Zolkipli Dahalan sebagai KP ICU yang baharu, manakala bekas KP JKPTG, Datuk Seri Salehudin Ishak dilantik sebagai SUK Pahang.
Ismail berkata, majlis penyerahan watikah pelantikan KSU, KP dan SUK terbabit berlangsung semalam selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pelantikan mereka berkuat kuasa Isnin ini dan ia adalah sebahagian daripada proses biasa pertukaran jawatan, mengisi kekosongan pegawai yang bersara dalam perkhidmatan kerajaan dan perubahan jawatan.
“Semua KSU, KP dan SUK hadir menerima watikah pelantikan di pejabat KSN di Jabatan Perdana Menteri, hari ini (semalam),” katanya kepada BH, semalam.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena