Otai BERSIH
KASIH AYAH KEPADA ANAKNYA...
Mungkin ramai yang tahu, dan mungkin ramai yang tidak. Pemilik Astro dan Maxis yang juga orang kedua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan hanya ada seorang anak lelaki, dan anaknya itu mengambil keputusan untuk meninggalkan kesemua kemewahan yang dinikmatinya!
Ajahn Siripanyo yang berkelulusan dari London School Of Economics (LSE) mengambil keputusan untuk menjadi seorang sami Budha dan tinggal di dalam hutan sejak 19 tahun lalu.
Dia kini menetap di sebuah kuil Budha di dalam hutan dekat sempadan Thai-Myanmar. Siripanyo adalah hasil perkahwinan Ananda dan seorang wanita warga Thailand.
Menariknya, biarpun sesibuk mana Ananda menguruskan empayar perniagaannya, dia tetap akan mencuri masa untuk menemui anak kesayangannya itu biarpun sejauh mana anaknya itu berada.
Itulah tanda kasih seorang ayah.
Ananda yang memiliki kekayaan lebih RM28 bilion itu mungkin kecewa kerana harapannya untuk melihat Siripanyo meneruskan empayar perniagaannya tidak menjadi kenyataan, namun kasih sayang di antara mereka berdua tidak pernah tergugat.
Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa.
Ternyata wang dan kemewahan bukanlah segala-galanya....
Syabas SPRM.
Dia orang ni dah dibebaskan selepas kenyataan di rekod SPRM dan akan didakwa kat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari Jumaat ini. Suaminya menghadapi tiga kes rasuah, manakala si isteri satu pertuduhan bersubahat.
SPRM! MP Pasir 'Berdengung' bila lagi?
SPRM tahan ahli parlimen BN, isteri - Sumber
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini menahan seorang anggota parlimen BN, kata sumber.
Menurut sumber, anggota parlimen itu ditahan bersama isterinya di Sabah.
"Mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit," kata sumber.
Malaysiakini dimaklumkan kes itu mempunyai kaitan dengan peranan anggota parlimen itu sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.
Difahamkan pasangan itu dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.
Sumber lain berkata pasangan itu dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
"Ahli parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat," kata sumber.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment