Showing posts with label N1 Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label N1 Kuala Besut. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

N1 Kuala Besut: PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya

Rabu, 10 Julai 2013
Biodata Ringkas Calon Pas PRK Kuala Besut
Segarkan ingatan anda...
Berikut adalah biodata calon PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil N.01 Kuala Besut sebagaimana yang tela diumumkan oleh Presiden PAs Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awangdi Kampung Nail, Kuala Besut pada Selasa malam;

Nama :
Haji Azlan @ Endut  Bin Yusof

Umur :
48 tahun
Pekerjaan :

Ahli Perniagaan Perkayuan dan
seorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam - Kelas A

Asal :
Kampung Baharu, Kuala Besut  (Anak Jati)

Pendidikan:
Sijil Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Kuala Besut
Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia

Isteri:
Cik Zabiah Mohammad (44 tahun)

Anak :
6 Orang

Jawatan Dalam PAS:
Bendahari PAS Kawasan Besut
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 12:15:00 PTG
CHE LONG CALON POPULAR !!! Pengundi Kuala Besut diminta makan umpan jangan makan kail pilih PAS
N1 Dun Kuala Besut
KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan,  Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long (gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi./~harakahdaily

Rumah rakyat di pantai Kuala Besut...Bersyukur kerana BR1M yg diberikan cukup untuk makan 5 tahun....
Royalti Terengganu
 Lorr gambar ini di Kuala Besut rupanya,...
Read More

Monday, 8 July 2013

N1 Kuala Besut: Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya - IDRIS Jusoh..Aik Macam tu pulak..

Isnin, 8 Julai 2013

PAS: BN takut kejutan PAS di Kuala Besut
Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut hari ini membidas Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta PAS tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini bagi menghormati kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.
Abdul Wahid Endut

"Dia takut. Dia takut (kalah) dalam pilihan raya kecil. Ini kerana kita pernah buat kejutan dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.

"Kita ada pengalaman (menang). Kita mahu mencipta sejarah buat kali kedua. Lagi pula Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

"Kita mahu aura kemenangan Kelantan ke Kuala Besut," kata Mohd Abdul wahid (atas) ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Pada Januari 2009, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi, manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Mohd Abdul Wahid mengulas kenyataan Idris yang juga menteri pelajaran dan pengajian tinggi II antara lain menyatakan PAS tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum ke-13.
DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru, 26 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan 12 Julai sebagai hari penamaan calon PRK Kuala Besut.Mk.

Umno: Kami akan menang majoriti 4,000

Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta agar PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS turut tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Sebenarnya kalau kita lihat, pilihan raya (umum) tak sampai dua bulan. Lebih baik kalau tak payah pilihan raya. Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya.
"Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. Bukan menang sikit. Kalau menang 300 (undi majoriti) tak apa, tapi menang 2,434.

"Kalau PAS tak bertanding lagi elok. Berilah calon BN menang. Biar kita kurangkan berpolitik selepas pilihan raya besar yang lalu," katanya.

Idris yang juga ketua Umno bahagian itu berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Dr A Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru, 26 Jun lalu.

Bukan senang ubah pemikiran

Dalam pilihan raya umum yang lalu, A Rahman mengalahkan calon PAS Napisah Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan 12 Julai sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Besut.
Idris berkata, beliau yakin dalam pilihan raya kecil kali ini, BN akan mendapat pertambahan majoriti sehingga 4,000 undi.

Katanya, selaku ketua bahagian, beliau yakin penduduk di kawasan itu tidak akan berubah pemikiran dengan memberikan undi kepada PAS.

"Kalau PAS nak menang, mereka perlu lagi 1,200 undi. Bukan senang nak ubah pemikiran mereka (penduduk Kuala Besut). Saya tahulah sebab saya ketua bahagian sana.
"Insya-Allah kita bukan sahaja sasar untuk menang tetapi majoriti undi sehingga 4,000 (undi) di Kuala Besut... kenapa 4,000? sebab ahli parlimennya ialah menteri pendidikan kedua.

"Mereka harus berbangga dan bersyukur kerana pengiktirafan telah diberi," katanya sambil ketawa. Mk

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena