Showing posts with label Parlimen Pekan. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Pekan. Show all posts

Tuesday, 26 April 2016

Neh kat Chini, Parlimen Pekan, kawasan Najib bukan Sarawak! Ganu Kite...PM akan mengadap Sultan Mizan.

Selasa, 26 April 2016


Page Liked · 47 mins

WOWW! Apa dah jadi kat kawasan Parlimen Pekan?

Nampaknya masalah air yang dilihat semakin serius berlaku di kawasan Parlimen Pekan Najib sendiri.. Menurut sumber katanya sampai berebut di antara penduduk nak dapatkan sumber air... Jika benar dakwaan, harap pihak berwajib pandang serius perkara ini...

Lokasi: Chini, Pekan, Pahan



Tiga pilihan buat Umno T’ganu ketika krisis MB

Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian ramai apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah dengan resminya melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa pada Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu semalam.

Menurut kenyataan rasmi tersebut; "Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di Negeri Terengganu”.

Pada awal bulan lalu, Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sedang berada didalam keadaan terumbang-ambing dan menjadi persoalan ramai kalangan rakyat Terengganu sendiri kerana kemelut dalaman kepimpinan Umno Terengganu yang tidak berkesudahan.


Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai 3 pilihan;

1. Menukar Menteri Besar yang baru

2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS

3. Membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya Negeri

Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti yang ada pada Umno di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno, kemelut dalaman kepimpinan mereka perlu diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.

Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas.

Kini dengan kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara juga sedang melanda negeri Terengganu.

Realitinya, kini semakin ramai anak-anak muda Terengganu termasuk lulusan universiti yang terpaksa menjadi penggangur terhormat akibat dari tiadanya peluang pekerjaan buat mereka di negeri Terengganu.

Realitinya, masih terlalu ramai pengayuh beca, petani dan nelayan di negeri ini yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ serta mencari-cari erti kehidupan mereka.

Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen ‘kepartaian sempit’ dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak ‘berpolitik’ bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus dijamin dan dihormanti.

Setiap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri termasuk saya sendiri tidak terlepas dari tanggungjawab untuk mengangkat agenda rakyat dan mempertahankan hak dan maruah rakyat Terengganu bagi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

Marilah kita sama-sama menyempurnakan tanggungjawab secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, serta amanah lagi berintrigriti.

Kita sama-sama berdoa agar seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmati oleh Allah Swt bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan rakyat khususnya.

Selamatkan Ganu Kite!

Penulis adalah ADUN Batu Burok, Terengganu
Read More

Tuesday, 10 December 2013

Mangsa Banjir Dari Parlimen Pekan (Najib) Minta Bantuan Dari YB Fuziah Saleh - Kisah benar bukan putar...

Rabu, 11 Disember 2013








Ini kisah benar bukan putar .. kenyataan bukan rekaan .

Petang tadi 10hb Disember 2013 Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh telah menerima panggilan SOS dari penduduk Paloh Hinai yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan dimana Ahli Parlimennya ialah Presiden UMNO, Najib Razak, memohon bantuan segera kerana kampong mereka sudah menjadi sebuah pulau kecil dan kini mereka terkepung.

Tanpa membuang masa YB Fuziah Salleh terus bergegas ke lokasi untuk cuba memberikan bantuan segera.

Omak Kau ingin melontarkan soalan .. Dimana bantuan dari Ahli Parlimen Pekan? .. Dimana slogan rakyat di dahulukan? .. Dimana laungan BN tradisi membela rakyat?


Read More

Friday, 5 April 2013

PR Beri Laluan Pro-Mahasiswa Bertanding di P085 Parlimen Pekan, UMNOBN Pula Halang Pro-Aspirasi Berpolitik!

Jumaat, 5 April 2013
Calon Mahasiswa P085 Pekan


Read More

Saturday, 9 March 2013

Sesi Pendengaran PSC di Parlimen: Elak Salah Guna Kuasa Penguasa Zalim....

Ahad, 10 Mac 2013
Salah Guna Kuasa Parlimen Pekan!

Info Pendapat: Blogger Wak Labu
Wak tak heran kenape Datuk Seri Najib masih lagi ragu2 untuk bubarkan parlimen dan mengadekan PRU yang ke 13. Terlalu banyak perkare yang telah menimbulkan berbagai masalah kepade UMNO.

Selepas PRU 12 pemimpin2 UMNO dengan kerjasame pemimpin2 MCA, MIC dan Gerakan mencube sedaye upaye untuk mengembalikan sokongan kaum bukan melayu kepade Barisan Nasional. Malang nye usahe2 pemimpin2 BN ini telah gagal. Kaum bukan melayu masih berterusan menolak BN.

Paling tambah malang, UMNO juge telah gagal menyekat kaum melayu dari berhijrah kedalam Pakatan Rakyat terutamenye PAS. Hari ini semakin bertambah ramai kaum melayu menyertai PAS. Ini terbukti apebile di adekan ceramah2 dan perhimpunan PAS kite pasti melihat ber duyun2 manusie membanjirinye.

Perhimpunan anjuran UMNO mungkin lengang jike pengunjung nye tidak di angkut, diupah, makan dan minum, T-shirt dan topi dibekalkan. Itu lah bezanye dengan Pakatan Rakyat, penyokong2 hadir tanpa sebarang upah ganjaran dan sebalik nye mereke sanggup pule keluar wang poket untuk menyumbang derme jihat mereke.

Perjaungan dari PAS ini telah di ambil contoh pule oleh DAP. Sekarang penyokong2 DAP juge sanggup menyumbang kepade perjuangan mereka.
Amoi pun dah pandai kutip Derma Perjuangan...Canteeeek!

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena