Showing posts with label Sisat Sampai Ke Lubang Cacing. Show all posts
Showing posts with label Sisat Sampai Ke Lubang Cacing. Show all posts

Sunday, 9 December 2018

[Video Duit Tabung Haji Pun Nak Songlap, Siasat Sampai Ke Lubang Cacing] Polis akan panggil penganjur himpunan Icerd.

Isnin, 10 Disember 2018
Foto Zaki Sapari.
Tahniah, last2 duk ataih lori pasiaq no?
Foto Otai BERSIH.
Mana payung?
Foto Otai BERSIH.
Image result for Payung BN atas kubur
Izah Qusaini Akhirnya merasa jugak puak yg selamani dok d bilik berhawa dingin berarak ke jlnraya...
Image may contain: text

Polis akan panggil penganjur himpunan Icerd

Polis akan memanggil penganjur perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata tindakan itu susulan satu laporan polis mengatakan terdapat peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu.
Katanya, tindakan membawa kanak-kanak itu menyalahi Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000.
Foto Otai BERSIH.
“Penganjur dipanggil untuk bantu siasatan dan setakat hari ini tiada laporan polis diterima berhubung kerosakan landskap pada perhimpunan itu ,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, beliau berkata tiada mana-mana individu yang berucap pada perhimpunan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Semalam, Mazlan berkata kira-kira 55,000 peserta hadir dan himpunan itu berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sebelum ini, penganjur perhimpunan ini dilaporkan berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan tidak akan meratifikasi Icerd dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.
-Bernama
Mk.
Read More

Tuesday, 4 December 2018

[Video Duit Tabung Haji Pun Nak Songlap, Sisat Sampai Ke Lubang Cacing & Ini Respon Papagomo Selepas Dibebaskan] PAC akan panggil Ali Hamsa, Apandi, Dzulkifli dan Arul Kanda.

Rabu, 5 Disember 2018

 Ini Respon Papagomo Selepas Dibebaskan

Foto Otai BERSIH.
Papa Gomo intai pe tu

PAC akan panggil Ali Hamsa, Apandi, Dzulkifli dan Arul Kanda

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata akan memanggil empat lagi individu dalam siasatannya terhadap dakwaan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB.
Menurut Pengerusi PAC Ronald Kiandee, mereka adalah bekas peguam negara Apandi Ali, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkfli Ahmad dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Selain empat individu itu, beliau berkata sekurang-kurangnya lima orang lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
Bekas ketua audit negara Ambrin Buang yang memberi keterangan hari ini juga akan dipanggil semula, katanya lagi.
"Saya tak ingat (nama mereka). Nama diberi oleh bekas ketua audit negara (Ambrin Buang) dan mereka akan dipanggil. Semestinya berkisar tentang sama ada (laporan akhir audit 1MDB) diubah atau tidak.
"PAC tidak akan jelaskan secara terperinci tentang siasatan, (tetapi) hanya sama ada ia diubah atau tidak," katanya.
Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB dipinda atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Antara bahagian yang diubah, menurut dakwaannya, ialah kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dalam salah satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan berkenaan penyata kewangan 2014 syarikat itu.
Mengulas lanjut, Ronald yang juga anggota parlimen Beluran tidak menolak Najib juga akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Berkenaan Arul Kanda pula, beliau berkata bekas CEO 1MDB itu hanya akan dipanggil tahun depan.
"PAC harap kita dapat rumuskan (siasatan) sebelum sidang Parlimen akan datang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat," katanya.
Esok, jawatankuasa itu akan memanggil keterangan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad dan bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan Saadatul Nafisah.
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena