Tuesday, 4 December 2018

[Video Duit Tabung Haji Pun Nak Songlap, Sisat Sampai Ke Lubang Cacing & Ini Respon Papagomo Selepas Dibebaskan] PAC akan panggil Ali Hamsa, Apandi, Dzulkifli dan Arul Kanda.

Rabu, 5 Disember 2018

 Ini Respon Papagomo Selepas Dibebaskan

Foto Otai BERSIH.
Papa Gomo intai pe tu

PAC akan panggil Ali Hamsa, Apandi, Dzulkifli dan Arul Kanda

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata akan memanggil empat lagi individu dalam siasatannya terhadap dakwaan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB.
Menurut Pengerusi PAC Ronald Kiandee, mereka adalah bekas peguam negara Apandi Ali, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkfli Ahmad dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Selain empat individu itu, beliau berkata sekurang-kurangnya lima orang lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
Bekas ketua audit negara Ambrin Buang yang memberi keterangan hari ini juga akan dipanggil semula, katanya lagi.
"Saya tak ingat (nama mereka). Nama diberi oleh bekas ketua audit negara (Ambrin Buang) dan mereka akan dipanggil. Semestinya berkisar tentang sama ada (laporan akhir audit 1MDB) diubah atau tidak.
"PAC tidak akan jelaskan secara terperinci tentang siasatan, (tetapi) hanya sama ada ia diubah atau tidak," katanya.
Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB dipinda atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Antara bahagian yang diubah, menurut dakwaannya, ialah kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dalam salah satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan berkenaan penyata kewangan 2014 syarikat itu.
Mengulas lanjut, Ronald yang juga anggota parlimen Beluran tidak menolak Najib juga akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Berkenaan Arul Kanda pula, beliau berkata bekas CEO 1MDB itu hanya akan dipanggil tahun depan.
"PAC harap kita dapat rumuskan (siasatan) sebelum sidang Parlimen akan datang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat," katanya.
Esok, jawatankuasa itu akan memanggil keterangan Ketua Audit Negara Madinah Mohamad dan bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan Saadatul Nafisah.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena