Thursday 27 December 2018

[Video Kerjasama Pas-Umno SOKONG MEMBAWA REBAH] Bila kapal Umno dah KARAM, walaun pun cari kapal lain! Pas sedia kerjasama dengan kepimpinan Tun M & Sibuk larang ucap Krismas, tapi berdamping dengan perasuah.

Jumaat, 28 Disember 2018
Image may contain: ocean, water, outdoor and nature

Pas sedia kerjasama dengan kepimpinan Tun M

Sinar Harian

KAPAL UMNO DAH NAK KARAM

Cari kapal lain bila kapal Umno dah bocor..! Sebelum PRU 14 mmg PAS terlalu yakin UMNO/BN akan menang bila berlaku 3 penjuru & bertekad jadi King Maker. Apa kan daya , perancangan Allah tidak dapat diduga manusia biasa.
PAS Hadi Awang and UMNO Zahid Hamidi - Whispering

Sibuk larang ucap Krismas, tapi berdamping dengan perasuah

Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menempelak golongan agamawan yang mempergunakan agama demi tujuan politik seperti yang timbul dalam isu ucapan Krismas baru-baru ini.
Beliau merujuk amaran Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi agar orang Islam tidak membuat ucapan Krismas kerana berpendapat ia bertentangan dengan akidah Islam.
Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tetap membuat ucapan perayaan yang disambut penganut agama Kristian tersebut meskipun Khalil mengeluarkan amaran berkenaan.
Bagi mengalihkan perhatian terhadap isu kontroversi itu, sekutu Khalil, Ahli Parlimen Fadhli Shaari menuduh bahawa ‘Amanat Kit Siang’ lebih bahaya daripada ‘Amanat Hadi’.
“Agamawan PAS kata tak boleh ucap Krismas kepada orang ramai kecuali jiran yang terdekat, tapi golongan professional PAS seperti Takiyuddin pula ucap ‘Marry Christmas’.
“Untuk mempertahan hujah hujah Ini agamawan PAS pun bersandarkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Tengku Zulpuri yang juga timbalan menteri sumber air, tanah dan sumber asli tidak ada gunanya memainkan isu seperti ucapan Krismas, jika pemimpin PAS sendiri tidak mengendahkan isu salah guna kuasa kerajaan terdahulu.
“Agamawan PAS kata ‘Amanat Kit Siang’ lagi bahaya daripada ‘Amanat Hadi’, tapi dalam isu seperti salah guna kuasa, integriti, kleptokrasi, penindasan kaum minoriti serta kemusnahan alam sekitar tidak dititikberatkan kononnya mengucapkan kalimat perayaan hari Krismas itu satu dosa besar yang boleh membawa kepada kemuradatan,” ujarnya.
Perselisihan pendapat ulama berhubung ucapan Krismas juga, katanya, tidak harus diperbesarkan atas dasar keharmonian kaum dan agama di negara ini, selagi ia tidak melanggar Perlembagaan.
“Itulah sebenarnya Islam, “Rahmatan lil alamim” untuk alam semester sesuai sepanjang zaman dan waktu dan Allah menjadikan manusia itu berbilang kaum dan kepercayaan supaya kita kenal antara satu sama lain,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena