Wednesday, 19 December 2018

[Video Zahid ingatkan BERSATU, Dr M teliti terima bekas ahli Umno] TUN, SEMUA AHLI PARLIMEN UMNO adalah penyokong kuat Najib!

Khamis, 20 Disember 2018
Image may contain: 1 person, text

TUN, SEMUA AHLI PARLIMEN UMNO ADALAH PENYOKONG KUAT NAJIB!

Menurut kata Tun Mahathir Mohamad, permohonan bekas pemimpin UMNO khususnya Ahli Parlimen untuk menyertai Bersatu akan diteliti dan disaring dengan ketat sebelum penyertaan mereka dapat diterima.

Katanya, Bersatu hanya mengalu-alukan kemasukan mereka yang bebas daripada sebarang salah laku atau mereka yang bukan penyokong kuas bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam erti kata lain, berdasarkan kenyataan Tun Mahathir ini, mereka yang merupakan penyokong kuat Najib ketika dalam UMNO dahulu tidak akan diterima sama sekali untuk menyertai Bersatu.

Hmmmm...betulkah?

Tidakkah Tun Mahathir sedar semua mereka yang bertanding atas tiket UMNO dalam pilihanraya lalu adalah merupakan penyokong kuat Najib belaka?

Malah, salah satu sebab mereka dipilih bertanding adalah kerana dikenalpasti sebagai penyokong kuat kepada bekas Perdana Menteri itu.

Tidak cukup sebagai penyokong setia, mereka yang dipilih bertanding dan menang sebagai Ahli Parlimen UMNO itu juga dikatakan ada menerima duit daripada Najib yang kesemua dana itu bersumberkan daripada 1MDB.

Sebagai contoh, Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamad misalnya, sebelum PRU14 lalu dikatakan ada menerima puluhan juta ringgit daripada Najib atas kapasitinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu.

Semua mereka itu hanya menjarakkan diri daripada Najib setelah BN kalah pilihanraya dan beliau tidak lagi bergelar Perdana Menteri.

Jadi, kalaulah benar kriteria bekas penyokong kuat Najib menjadi asas seseorang itu tidak diterima untuk menyertai Bersatu, sebenarnya tidak ada Ahli Parlimen UMNO yang patut diterima masuk ke dalam parti itu.

Tetapi, mengapa Mustapa dengan mudah diterima sebagai ahli?

Bagaimana selepas ini berikutan baru-baru ini semakin ramai Ahli UMNO bertindak keluar parti dan tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir, sedangkan mereka diketahui kesemuanya adalah penjilat Najib sebelum ini?

Apakah Tun Mahathir benar-benar berpegang kepada kata-katanya itu? (ShahbudinHusin 19/12/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena