Tuesday 18 December 2018

[Video Dr M hadir beri penghormatan terakhir pada jenazah Adib] Wira negara diberi kenaikan pangkat.

Selasa, 18 Disember 2018

Perjalanan Terakhir Adib

Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman

Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman

Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman

Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman

Jenazah Adib diterbangkan ke kampung halaman

Wira negara diberi kenaikan pangkat

Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam tadi diberikan kenaikan pangkat secara 'posthumauos' daripada gred KB19 ke KB22 berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek berkata kenaikan pangkat itu bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham dari segi imbuhan pencen.
"Kita berdukacita dan terharu atas pemergian Allahyarham kerana telah menunjukkan pengorbanan, keberanian ketika menjalankan tugas dengan mengetepikan keselamatan diri dan mengalami kecederaan ketika menjalankan tugasan rasmi.
"Kerajaan juga akan menyegerakan pampasan daripada caruman yang dibuat Allahyarham sebanyak lebih RM200,000 dan akan diuruskan jabatan bomba," katanya kepada pemberita selepas jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, dekat Alor Setar hari ini.
Mohammad berkata kerajaan amat menghargai sumbangan bakti Allahyarham yang hampir empat tahun bertugas sebagai anggota bomba.
"Kita berterima kasih kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN) dan doktor-doktor pakar yang bertungkus-lumus menyelamatkan Allahyarham selama tiga minggu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Amer Yusof berkata pihaknya akan meneliti semula secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) JBPM semasa menghadapi situasi rusuhan.
Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di IJN pada pukul 9.41 malam tadi.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena