Monday 17 December 2018

[Video Bersatu tak akan lebar sayap ke Sabah - Dr M] Annuar Musa umum keluar pasukan & Izzah letak jawatan kerana prinsip, kata Rafizi.

Isnin, 17 Disember 2018

Annuar Musa umum keluar pasukan

Di tengah-tengah kehangatan isu keluar parti yang melanda Umno, setiausaha agung parti itu Annuar Musa masih sempat membuat kelakar.
Di Twitter, beliau hari ini mengumumkan keluar pasukan setelah hilang keyakinan terhadap pembimbing yang menurutnya tiada hala tuju.
Bagaimanapun, pasukan itu ialah pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris Manchester United (MU), dan bukannya Umno.
“Saya dan keluarga setelah berfikir panjang dan menimbangkan dari semua sudut, terutamanya perkembangan semasa dan terkini dengan ini membuat keputusan KELUAR DARI TERUS MENYOKONGMU.
“Keputusan di buat dengan rela kerana hilang keyakinan dengan pembimbing pasukan yang nyata tiada hala tuju,” katanya sambil meletakkan tanda smiley.
MU tewas 3-1 kepada musuh tradisi Liverpool dalam perlawanan tengah malam tadi (waktu Malaysia) di tempat lawan.
Saya dan keluarga satelah berfikir panjang dan menimbangkan dari semua sudut,terutama nya perkembangan semasa dan terkini dgn ini membuat keputusan KELUAR DARI TERUS MENYOKONG MU.Keputusan di buat dgn rela kerana hilang keyakinan dgn pembimbing pasukan yg nyata tiada halatuju😂

Izzah letak jawatan kerana prinsip, kata Rafizi

Rafizi Ramli melihat keputusan Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR sebagai satu tindakan yang berprinsip.
Jelas Rafizi, beliau melihat Nurul Izzah mengambil tindakan agar boleh kekal bersuara "secara objektif" dalam membawa isu-isu rakyat.
"Beliau bukan mengundurkan diri dari politik. Beliau kekal memainkan peranan penting di Parlimen dan persada politik tana hair. Beliau hanya mengundurkan diri dari jawatan kanan parti.
"Saya ingin mengambil sudut positif dari keputusan tersebut. Saya membacanya sebagai satu tindakan berprinsip untuk membolehkan beliau kekal bersuara secara objektif membawa isu-isu rakyat yang selari dengan idealisme reformasi," kata Rafizi.
Hari ini, selain jawatan naib presiden PKR, Nurul Izzah turut melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang. 
Bagaimanapun, Nurul Izzah yang merupakan anak kepada Presiden PKR itu akan mengekalkan keanggotaan parti serta jawatan sebagai anggota parlimen.
'Bukti idealisme masih segar dalam PKR'
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena