Saturday 15 December 2018

[Video Kita tak akan berundur hanya kerana perhitungan undi dan politik melayu] Air mata Wanita Muda pun tumpah...

Ahad, 16 Disember 2018
Foto Man Rone Hakim.

No automatic alt text available.
Image may contain: 1 person, text
Lebai2 PAS tak perlu kalut sangat. MP pi jumpa Dr.M  bukan pasai nak keluaq parti tapi nak ajak Dr.M masuk PAS... 

Air mata Wanita Muda Amanah pun tumpah...

Dalam kegemilangan berlangsungnya Konvensyen Nasional Amanah yang masuk hari ketiga hari ini, ada hati yang terluka hingga menyebabkan tumpahnya air mata.
Ketua Wanita Muda Amanah (Warda) Nasional, Anis Afida Mohd Azli tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila usul bagi menaikkan had umur keanggotaan gerakan itu terbiar begitu saja.
Cadangan berkenaan menurut Anis Afida dilihat sebagai usul yang akan menyinggung atau mengancam Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan).
“Kami berusaha di dua buah negeri untuk membawa usul menukar (had) umur daripada 30 tahun kepada 35 tahun.
"Kekecewaan kami adalah apabila usul itu dilihat satu perkara yang akan menyinggung kekanda saya dalam sayap Awan.
“Adakah saya yang bersama-sama berjuang di peringkat awal ingin menyinggung dan mencaras kepimpinan sedia ada?
"Kita adalah pelengkap, kepimpinan kata perlu bawa usul ini dalam perbincangan (sebelum dibawa ke perbahasan), perlu bertanya (dahulu) dengan Awan,” katanya.
Penamat politik tak matang
Anis Afida kemudian menggunakan kesempatan dalam dalam ucapannya itu untuk bertanya terus kepada seluruh perwakilan Amanah mengenai pandangan mereka tentang usul tersebut.
“Jika usul ini dibawa semalam, adakah kalian setuju jika kita meminta untuk naikkan (umur) ke 35? Bangun jika kalian sokong. Tunjukkan kepada anak muda di depan ini,” katanya disambut dengan sokongan hampir separuh perwakilan yang berdiri.
Untuk rekod walaupun Warda adalah sayap yang ada dalam Amanah, gerakan itu hadir ke konvenyen kali ini hanya sebagai pemerhati.
Hal itu kerana mereka belum didaftarkan secara rasmi sebagai salah satu sayap Amanah yang sah.


Mengulas lanjut, Anis Afida menegaskan usul yang dicadangnya itu bukanlah untuk mencuri kehalian Awan, malah katanya Wardalah yang akan menguatkan Awan pada masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena