Monday 24 December 2018

[Video Pas ramal PH hanya mampu bertahan lima tahun & PAS buat perhimpunan ramai datang tapi mengundi? Kalah juga] Mufti P Pinang: Fatwa 'harus' ucapan Krismas bagi kekalkan keharmonian & Pemuda Pas Umat Islam dilarang sambut Hari Natal.."Esok mung pegi kerja jangan cuti!"

Isnin, 24 Disember 2018


Foto Otai BERSIH.
Mmg Islam tak sambut Xmas..ttpi tak perlu lah sentuh kepercayaan agama lain dgn panjang..sbb kalau agama lain membincangkan agama anda..pasti anda tak suka.!
Foto Zachs Jahaya.

Mufti P Pinang: Fatwa 'harus' ucapan Krismas bagi kekalkan keharmonian

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata fatwa berhubung hukum bagi orang Islam mengucapkan ucapan sambutan perayaan Krismas perlu diperkenalkan bagi mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Jelas Wan Salim yang dihubungi Free Malaysia Today hari ini berkata, dengan mengambil kira latar belakang sesebuah negara dan keperluan melindungi kepentingan awam, fatwa berkenaan perlu menetapkan hukum 'harus'.
"Situasi di Malaysia memerlukan agar hubungan antara rakyat dipelihara bagi kesaksamaan dan hormat-menghormati sesama kita," katanya.
Tambah Wan Salim, meskipun Krismas berasal dari ajaran Kristian, perayaan itu pada hari ini merupakan perayaan yang bersifat universal.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Hadi yang memberi peringatan agar umat Islam tidak sewenang-wenangnya menulis status di Facebook bagi memberi ucapan sambutan perayaan itu.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2016 menyatakan hukum "harus" dan "perlu meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan" bagi perkara itu.
“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut,” kata kenyataan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan itu.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena