Sunday 23 December 2018

[Video Rusuhan kuil: 6 dihadap ke mahkamah] Kepala toya lah..Cakap kalau babi pun bulih jadi kerbau! Tiada siapa mahu memberontak GULINGKAN KERAJAAN kecuali...

Isnin, 24 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Lagi jawapan pada fitnah jahat keatas DAP...!
Foto Otai BERSIH.

Dalam WhatsApp dalam Facebook nampak ada yang dok kempen boikot beli di kedai cina.
Depa suruh pi beli Kat Mydeen Dan kedai melayu.
Kepala toya lah ......
Aku nak tanya hangpa.
Kat kampong.Kat taman hangpa ada ka kedai melayu.?
Kat pekan/bandar hangpa Ada berapa super market melayu.?
Berapa kedai spare part melayu.?
Berapa kedai jual pakaian sekolah melayu yang Ada.?
Cakap kalau babi pun bulih jadi kerbau...!

TIADA SESIAPA MAHU MEMBERONTAK GULINGKAN KERAJAAN, KECUALI...

Ternampak ketika ini sudah wujud suatu perkembangan yang mirip seperti ketika era pemerintahan Najib Razak dahulu di mana apa saja teguran yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, ia lantas dianggap sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Bermula dengan dapatan Rafizi Ramli berhubung tahap ketidakpuasan hati rakyat serta rating Tun Mahathir yang berdasarkan kajiannya merosot sebanyak 20 peratus dan selepas itu beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dalam tegurannya kepada Tun Mahathir, semuanya kemudian dianggap sesuatu yang menjurus untuk menjatuhkan kerajaan.

Lalu, muncullah panglima-panglima Tun Mahathir yang memberi amaran bagai serta menghidu kononnya sudah wujud suatu gerakan untuk menggulingkan Tun Mahathir yang sekaligus dianggap menggulingkan kerajaan juga.

Tetapi, ketika Tun Daim Zainuddin memberi amaran kepada kerajaan agar lebih bekerja keras menunaikan janji manifesto dan berhenti daripada mengungkit-ungkit tentang beban hutang negara jika tidak mahu ditolak rakyat dalam pilihanraya akan datang, mengapa pula tiada yang mengatakan ia sebagai percubaan untuk menggulingjan kerajaan?

Bukankah teguran Tun Daim lebih tepat ditujukan kepada Tun Mahathir yang sesiapa pun tahu paling kerap merungut tentang beban hutang negara yang ditinggalkan Najib?

Di grup-grup Whatsapp pula bertebaran pandangan yang mengatakan Rafizi dan Johari berbuat demikian semata-mata bertujuan melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Tun Mahathir dengan segera.

Sebenarnya, tidak ada sesiapa mahu menggulingkan kerajaan ini. Teguran atau pandangan yang berbeza haruslah dilihat dengan hati yang terbuka.

Melonjakkan nama Anwar juga tiada keperluan dalam tempoh Pakatan Harapan baru saja mengambil alih kerajaan selama tujuh bulan, sedangkan Presiden PKR itu sudah dijanjikan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir memegang jawatan itu selama dua tahun lamanya.

Selagi Tun Mahathir ingat janji tersebut, berpegang kepadanya dan tidak menunjukkan keinginan untuk memungkirinya, Anwar tentu saja boleh bersabar menunggunya.

Lagi pula isteri beliau, Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri ketika ini dan merupakan pembantu kepada Tun Mahathir dalam menguruskan kerajaan bersama menteri-menteri kabinet yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan juga Bersatu.

Kemungkinan Anwar memberontak hanya akan berlaku jika janji terhadap beliau tidak dipatuhi. Tetapi, itu pun bukan bertujuan menggulingkan kerajaan atau menjatuhkan Tun Mahathir. Hanya menuntut janji dipatuhi.

Namun, jika itu berlaku, adakah ia salah Anwar? 

Seperti mana biasa berlaku dalam mana-mana sistem demokrasi dan diperingatkan oleh Tun Daim, rakyat sendiri pun akan memberontak serta menolak sesebuah kerajaan itu jika janji yang dibuat semasa berkempen tidak dipatuhi.

Dalan konteks berkaitan, Tun Mahathir ketika era pemerintahan Tun Abdullah Badawi pernah memberontak kerana kata-kata dan pendapatnya tidak didengari, lalu bertindak keluar UMNO serta kemudian menjelajah ke seluruh negara sehingga Perdana Menteri pilihannya itu berjaya dijatuhkan akhirnya.

Kemudian ketika era Najib, sekali lagi, juga kerana kata-kata dan pendapatnya tidak didengari, Tun Mahathir tidak sekadar memberontak dan keluar UMNO, malah menubuhkan Bersatu sehingga akhirnya bukan setakat Najib yang berjaya disingkirkannya, malah kerajaan BN dapat ditumbangkannya.

Kesimpulannya, menuntut janji jauh lebih besar berbanding sekadar mahu kata-kata dan pendapat didengari.

Kalau janji dipatuhi, tiada apa-apa yang akan berlaku antara Anwar dan Tun Mahathir. (ShahbudinHusin 24/12/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena