Wednesday 12 December 2018

[Video UmPas buatlah himpunan lagi! Zahid Berusaha Pertahan Ahli & Pemimpin Sedia Ada] Fix deposit UMNO Sabah dah pupus, hilang keramat dan kuasanya...Rakyat yang celik politik, bijaksana, tidak akan memilih pemimpin kelas kaldai.

Khamis, 13 Disember 2018
UmnoBN umpama dinosour yg dah pupus!
Image result for Gambar Dinosour
Fix deposit UMNO Sabah dah pupus...
Image may contain: 13 people, people standing
Tidak ada sedu sedan, lilihan air mata bagi para pemimpin UMNO Sabah memberi selamat tinggal pada UMNO yang hilang keramatnya dan kuasanya. Mungkin Orang Utan Sipilok pun tidak melelehkan airmata. Yang termenung mengenangkan nasib ialah Musa Aman yang tidak aman dan Bung Mokhtar yang kehilangan tempat berteduh meratapi nasib dikandung badan. 

Nampaknya aura Tun Mahathir sebagai PM dan negarawan ulung memberi ilham kepada para pemimpin dan ahli UMNO Sabah menukar haluan politik. Kejayaan Warisan juga adalah hasil dari tiupan semangat perjuangan Tun Mahathir yg merobek perompak kelas cakrawala Najib Razak dengan kabilah koruptornya.  

Banyak orang berpendapat ahli-ahli Parlimen dan adun bekas UMNO Sabah wajar memilih Bersatu untuk memperkukuhkan perjuangan mereka. Bersatu boleh bekerjasama dengan Warisan memperkukuhkan akartunjang kuasa politik Bumiutra di Negeri Bawah Bayu. 
Image may contain: bus and outdoor
Doa laknat pendek umur dah hinggap atas kepala UMNO... 
Kalau Bersatu berjaya ditubuhkan di Sabah bermakna ia sudah menjadi parti politik nasional. Bersatu boleh diperkukuhkan lagi dengan penyertaan kaum Bumiputra dari berbagai suku kaum dan agama untuk sama-sama menentukan halatuju negara dan masyarakat Melayu/Bumiputra di masa akan datang.  

Buat masa ini mereka menjadi ahli Bebas dahulu. Bersatu memerlukan para pemimpin berjiwa dinamis, berilmu, banyak pengalaman, ada visi, punya keyakinan diri dari seorang yang berani membentuk sejarah, dan bukan dia menjadi lalang dibuai angin. Inilah cabaran yang mesti dihadapi oleh semua pemimpin politik.  

Rakyat yang celik politik, bijaksana, tidak akan memilih pemimpin kelas kaldai, lembu, kerbau balaq dan kambing sebagai jurubicara mereka di DUN dan juga Parlimen. Ingat apa yang kau tanam itulah yang kau dapat. Kalau kau tanam lalang masakan tumbuh padi. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena