Tuesday 18 December 2018

[Video Presiden Beri Kepercayaan Timbalan Jalankan Tugas Presiden UMNO & Apa respon KJ] Lim Guan Eng di penjara 2 tahun! Jangan mai 'rogol' BERSATU pulak...

Rabu, 19 Disember 2018


Jangan mai rogol Bersatu pulak...
 
Saya merujuk kepada pengumuman Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya untuk keluar dari parti UMNO. 

Keputusan untuk keluar parti adalah hak mereka, tetapi saya menolak sebarang cadangan untuk menerima Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya ke dalam mana-mana parti Pakatan Harapan (PH) Melaka. 

Jelas bahawa baru-baru ini, UMNO sedang mengalami krisis dalaman di mana pemimpin demi pemimpin berpusu-pusu untuk keluar parti. Perkara ini dilakukan bukan untuk agenda reformasi tetapi untuk kepentingan diri mereka. 

Untuk peringatan, Rahim Thamby Chik merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang terlibat dalam pelbagai skandal. Pada tahun 1994, beliau terlibat dalam kejadian rogol statutory terhadap seorang pelajar sekolah, yang kemudiannya kes ini ditutup oleh Peguam Negara. 

Sebaliknya, Lim Guan Eng, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka ketika itu, dipenjarakan di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan apabila beliau tampil membela nasib dan menuntut keadilan untuk mangsa. 

Pada tahun 1994, menurut sebuah laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar pada tahun 1999, Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah mendapati terdapat bukti prima facie bahawa Rahim Ramby Chik terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kes Syarikat Dayamik. Peguam Negara sekali lagi menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil. 
Khoo Poay Tiong,Roketkini.com 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena