Tuesday 18 December 2018

[Video LIVE: Presiden Umno di pentas perbincangan Wacana U3.0] Doa UMNO pendek umur termakbul...Zahid mengalah, serah kuasa pada Mat Hasan & Orang PH pun mahu Waythamoorthy letak jawatan.

Selasa, 18 Disember 2018
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Doa UMNO pendek umur termakbul.
Foto Pakatan Harapan Supporters.

Foto Otai BERSIH.
Mulai hari ini P. Waytha Moorthy adalah musuh rakyat. Beliau bukan sahaja gagal menyatupadukan rakyat bahkan hanya peka menjaga kaumnya sahaja. Kita tak boleh terima si bingai ini sebagai menteri. Jika PH nak hilang undi & sokongan melayu, teruskanlah berdegil ye. 
#Justice4Adib


Zahid mengalah, serah kuasa pada Mat Hasan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan berkuat kuasa serta merta.
Jelasnya, keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.
“Jika benar saya menjadi punca utama (kepada lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden.
“Ini tentunya sesuai dengan semangat dalam perlembagaan Umno sendiri bahawa jika presiden tidak mendapat ‘hidayah’, maka kaedah terbaik (adalah) berikan kepercayaan pada timbalan presiden untuk jalankan tugas presiden,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program wacana Hati ke Hati di Auditorium Umno, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam ini.
Selain itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa Mohamad dan dua orang naib presiden Umno telah dimaklumkan tentang hal tersebut.
Ditanya tempoh peralihan kuasa itu berlaku, Ahmad Zahid menjawab: “Sehingga Tok Mat rasakan beliau tidak sanggup lagi pikul tanggungjawab itu atau (setelah) beliau yakin saya boleh teruskan tugas dan tanggungjawab.”
Diminta menjelaskan alasannya tidak meletakkan jawatan, Ahmad Zahid berkata bahawa beliau lebih selesa untuk mengambil jalan tengah.
Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa selepas ini beliau akan memainkan peranan sebagai "presiden yang tidak menjalankan tugas".
mk.

Orang PH pun mahu Waythamoorthy letak jawatan

Tekanan supaya meletak jawatan semakin memuncak buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, apabila ia turut disuarakan pemimpin dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin misalnya hari ini berkata senator terbabit sudah gagal membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Untuk rekod Waythamoorthy dilantik kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri bagi hal ehwal perpaduan.
"Perkara terhormat yang anda boleh lakukan ialah meletak jawatan dan ke tepi daripada Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Masyarakat. Anda teramat gagal membentuk perpaduan ketika ia diperlukan dan menyebabkan suasana tidak harmoni.
"Ada orang Malaysia yang lebih baik untuk melaksanakan tugas berkenaan," katanya melalui Twitter.
Afif turut menanda Mahathir dalam ciapan berkenaan, dan mengulang ciap berita Malaysiakini, "Adib berani dan dedikasi, kata Waythamoorthy". 
Ciapan Afif itu dibuat ekoran kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi kesan kecederaan dialami semasa kekecohan berlaku di kuil Sri Maha Mariamman 27 Nov lalu.
Polis mendakwa Muhammad Adib ditarik keluar dari kenderaannya sebelum dipukul ketika keadaan di kawasan kuil terbabit tegang ekoran pertikaian mengenai tapak di antara pihak pemaju dan penganut Hindu.
The honourable thing for you to do is resign and step aside as Minister of National Unity and Social Wellbeing.

You have failed tremendously to forge unity when it is needed and caused disharmony!

They are better Malaysians who can assume the mantle @chedetofficial
Wahthamoorthy dipersalahkan pelbagai pihak - bersama beberapa pemimpin parti politik lain - kerana dianggap memburukkan keadaan ketika ketegangan baru bermula.
Sebelum ini Mahathir berkata, jika aspek perpaduan yang sepatutnya menjadi keutamaan dan portfolio senator itu tidak diutamakan, sejarah boleh berulang.
"Dan kita akan tengelam seperti orang sebelum kita.
"Meminta maaf adalah perbuatan yang dihargai orang ramai, begitu juga dengan peletakan jawatan," kata perdana menteri dalam satu kenyataan.
mk.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Dia Bukan India la. India tak mcm tu. India ni jenis beradap, keling pun Bukan. Pasal keling ni akan bantai Sape saje Demi kepentingan sendiri. Dia tak Kira, melayu ke, cina ke , India ke Malah sesama keling pun Dia belit , Tapi Dia ni paria. Pasal selalunya paria ni jenis Dari golongan yg papakedana dan akan memuja bangsa Dia Yg berharta Dan berduit... Dia juga akan memandang rendah bangsa lain Yg Mungkin pada Dia kalau sembang lidah taK bergulung... Jadi Itu la Mungkin Sepisis India paria Yg seorang ni... Pendapat Aku je ye. Atau main cakap je. Bukan bersandar pada fakta atau Sejarah mane2 bangsa. Malah Bukan Dari hasil jiran aku masa mengumpat...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena