Wednesday 26 December 2018

[Video Teresa mahu saman Azwanddin RM30 juta] Apa sudah jadi dengan Putrajaya? Perlantikan MPPWP didominasi majoritinya Ketua Cawangan Umno & Apakah ahli PH Putrajaya sekadar tukang pacak bendera?

Rabu. 26 Disember 2018
Image result for Gambar pasang bendera PH
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Apa sudah jadi dengan Putrajaya???
Dengar cerita.. hari ni politik Putrajaya kecuh..
Majlis Penyerahan surat perlantikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP) di dominasi oleh Majoritinya Ketua Cawangan Umno..
Ramai wakil PH yang tidak berpuas hati.. bayangkan dalam sejumlah hampir 30 orang yang terima lantikan.. wakil dari kerajaan PH cuma 7 orang..
1 X PPBM
4 X AMANAH
2 X PKR
Malahan Pemuda PH Putrajaya telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah tetapi tiada sebarang respon di terima..
Apakah ahli PH Putrajaya tiada yang berkelayakan dan hanya sekadar tukang pacak bendera?? Alih alih ahli UMNO jugak yang untong..
Foto Otai BERSIH.

Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta dari Azwanddin

Menteri Industri Utama Teresa Kok menuntut Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah untuk menarik semula kenyataannya, memohon maaf dan ganti rugi RM30 juta.
Ia berikutan kenyataan Azwanddin semalam yang mengaitkan Kok dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, pada bulan lalu.
Satu surat yang dihantar oleh tetuan SN Nair & Partnes itu memberi Azwanddin tempoh selama tujuh hari untuk melunaskan tuntutan Kok sebelum tuntutan mahkamah diambil.
Surat tuntutan guaman itu menyatakan kenyataan Azwanddin itu adalah, "palsu, berniat jahat dan tidak wajar”.
Semalam, pada himpunan di Klang, kumpulan aktivis Melayu yang hadir mendakwa Kok mempunyai hubungan dengan pemaju yang memiliki tanah kuil tersebut.
Pemaju tersebut, One City Development Sdn Bhd, dituduh mengupah samseng untuk menjaga tanah itu yang menyebabkan tercetusnya rusuhan selama dua malam. Bagaimanapun, pihak pemaju menafikan dakwaan tersebut.
Azwanddin mendakwa yang Kok tidak pernah menafikan hubungannya dengan pemaju itu.
Namun, untuk rekod, ia telah dinafikan oleh Kok pada bulan lalu.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena