Wednesday 26 December 2018

[Video LIVE 'Tersungkoq' juga kamu ye? Permohonan reman ke atas Azwanddin di Mahkamah Klang] PAS tak perlu beri komentar kosong nak gabung Umno.

Khamis, 27 Disember 2018

Azwanddin ugut serang balai polis 

Foto Otai BERSIH.

PAS tak perlu beri komentar kosong nak gabung Umno

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyarankan mana-mana pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan seolah-olah parti itu pernah membuat keputusan untuk bergabung dengan PAS atau mana-mana parti.
Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengatakan parti Islam itu tidak akan bergabung dengan Umno yang diibaratkan seperti bahtera yang telah bocor.
"Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan Umno..Umno sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.
"Umno akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Bekerjasama di mana perlu," katanya menerusi Twitter beliau hari ini. 
"Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan Umno. Umno sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.
"Umno akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Bekerjasama di mana perlu," katanya menerusi Twitter beliau hari ini.
Semalam, Hadi berkata PAS sukar untuk bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu ibarat bahtera yang telah bocor dan PAS akan tenggelam jika berbuat demikian.
Hadi dipercayai berkata demikian berikutan tindakan anggota dan wakil rakyat Umno yang keluar parti selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum 14 (PRU14).
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah membalas kenyataan Hadi itu dengan menyeru supaya PAS tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini.
Kata Shamsul, keadaan itu lebih kurang sama apabila anggota dan wakil rakyat PAS keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Hubungan politik antara PAS dan Umno telah diperkatakan sejak sebelum PRU14 lagi. 
mk.

1 comments:

Unknown said...

Laaa ke rantai?. Ingatkn mamat ni gentleman & jantan.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena