Monday, 31 December 2018

[Video 'Pakaian Komunis' Giliran timbalan menteri pula saman Azwanddin RM20 juta] Larangan merokok di kedai makan kuat kuasa 12 malam ini & 2019 Ke mana Mat Hasan nak bawa Umno.

Isnin, 31 Disember 2018

Larangan merokok di kedai makan kuat kuasa 12 malam ini

Ke mana Mat Hasan nak bawa Umno

Saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas presiden Umno. Berat tanggungjawab yang membayangi tugas ini. Umno kini berada di kedudukan paling kritikal dalam perjalanan panjangnya, dan pelbagai ketidaktentuan menanti.
Pada masa ini, Umno memerlukan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula parti kita sebagai gerakan politik dan amal bakti.
Sebelum membentangkan iltizam baru Umno untuk tanahair, ada dua perkara yang perlu saya jelaskan kepada semua ahli Umno dan rakyat Malaysia tentang arah baru yang akan diambil parti kita.
Yang pertama, membangunkan semula Umno akan mengambil masa. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan. Lebih-lebih lagi dinamik politik Malaysia dan global sangat deras berubah.
Justeru saya meminta semua ahli Umno, rakan dan taulan Umno, untuk bersedia melalui jalan yang sukar dan berliku ini bersama-sama. Biar apa pun yang menanti di hadapan, kita akan tempuh dan lalui bersama dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.
Sabar jodoh bahagia
Cuma, janganlah sesekali mengharapkan kejayaan pantas. Tetapi yakinlah bahawa sabar dan tabah itu jodohnya bahagia.
Semoga dengan muafakat ini, tugas kita untuk memulihkan Umno akan menjadi amal soleh dan menempah kejayaan.
Yang kedua, dalam membangunkan semula Umno sebagai parti berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari kelaziman baharu atau ‘a new normal’.
Umno memerlukan kecerdasan yang baru dan radikal. Bukan lagi retorik dan slogan kosong.
Maka sikap dan landasan pemikiran kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru Umno. 
Gejala politik lama yang telah melemahkan Umno dari dalam, harus dihentikan, dan ahli-ahli perlu membuka telinga kepada maklum balas rakyat walaupun ia mungkin sukar didengari.
Ramai yang tertanya-tanya ke mana Umno akan dibawa selepas tahun yang penuh cabaran ini. Oleh itu, di bawah, saya menggariskan lima iltizam Umno untuk tanahair, yang akan kita jadikan pedoman dalam membangunkan jalan ke hadapan.
mk.

M

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Org ego. Nak mintak maaf Malu. Padahal tau tu Dia cakap main sedap Mulut je... Jadi Hadap je la... Mungkin Dia ramai Kawan boleh payung Kot. Biar la.. dgn Pasu bunga pun tersungkur. Ni kan plak undang2.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena