Monday 31 December 2018

[Video Skandal 1MDB 'pecah terburai' di saat BN tumbang] Jangan salah orang lain kerana Melayu terpinggir menjadi pengemis di bumi sendiri.

Isnin, 31 Disember 2018
BERSATU sebagai wadah perjuangan Melayu baru...
Image may contain: 1 person, smiling
Sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu bercawat minda lagi. Sudah 61 tahun Melayu berkuasa bawah UMNO akhirnya reput, hilang kuasa akibat kerakusan para penyamun, lanun, koruptor dan munafik menguasai parti itu.  

Jangan salah orang lain kerana Melayu terpinggir menjadi pengemis di bumi sendiri. Kalau kamu pilih para pemimpin kelas penyamun, munafik, korup maka hancurlah segala mimpi kamu. Apa yang kamu tanam itulah yang kamu dapat. 

BERSATU bertekad memperjuangkan nasib Melayu/Bumiputra yang dihanyutkan oleh maharaja segala lanun di masa lalu. Melayu mesti berani menempuh gelombang cabaran, bukan dengan emosi melulu, tapi dengan ilmu pengetahuan, ide-ide super bernas, berjiwa dinamis dan positif, berpegang pada tali Allah dan patriotis.  Kata peribahasa bersatu teguh bercerai runtuh. Kita boleh berbedza pendapat tapi mesti bersatu dalam wadah perjuangan Melayu dan Islam. 

Melayu mesti keluar dari kepompong fantasi Mat Jenin, banyak mimpi dari tindakan bererti. Allah tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu kalau orang Melayu sendiri tidak mengubahnya. Revolusikan minda Melayu melalui berbagai ilmu pengetahuan. Pegang pada wahyu 'iqraq' (bacalah) sebagai pedoman hidup.Menguasai ilmu bermakna menguasai kuasa.  

Melayu mesti membentuk sejarah gemilangnya. Jangan harapkan pihak lain memapah dan membantu kalian dalam perjuangan hidup. BERSATU mesti memperlihatkan kepimpinan yang super dinamis, berpegang pada tali Allah, menghargai ilmu, tidak korup, berjiwa patriotis.  

Jangan hanya menjaja slogan kosong, menjadi pahlawan mimpi, menipu rakyat, zalim dan rakus. Ingat kehancuran UMNO yang berkuasa 61 tahun sebagai iktibar. Seluruh umat Melayu dari petani, nelayan, buruh, lebai dan haji, pegawai dan istana mesti insaf dan bersatu tekad memperkasakan perjuangan bangsa dan agama. 

Tun Mahathir telah memberi ingatan kepada umat Islam mesti bersatu memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan Islam. UMNO sudah kulluhum, muka-muka tokak, kudis buta dan puru politik masih berkuasa parti itu.  

Berjuta umat Melayu yang menjadi ahli UMNO perlu berhijrah ke BERSATU sebagai wadah perjuangan Melayu Baru dengan semangat waja yang progresif, dinamis, berakartunjangkan Islam dan ilmu sebagai penubrak zaman dan bukan sebagai pengekor angin. Moga-moga Allah berkati perjuangan BERSATU sebagai pemimpin Bangsa, Agama dan Negara. Allah-hu-Akhbar. - Yahaya Ismail 
TS.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena