Saturday 22 December 2018

[Video Analisi Umno LUMPUH & Anak muda tolak Umno kerana MALU dengan Umno] 3 tahun jadi menteri TAK TAHU TAK SEDAR? APA TUNGGU LAGI Zahid Hamidi!

Ahad, 23 Disember 2018

Rasuah...salah laku..politik wang..hanya di atas sahaja kata Prof..ahaai la...UMNO bukan shj diperingkat pusat, tp di bahagian malah di peringkat cawangan..peringkat bawahan di kampung2 atau daerah..golongan ini la yg banyak rasuah, tibai duit sana sini..kaki projek..dan sebagainya..Jgn kerana kau tidak lihat dikaca mata TV, kau nafikan UMNO diperingkat akar umbi juga..parah..pemulauan sesetengah pihak terutama penyokong pembangkang..pemecah belah perpaduan..boikot famili ini, dan itu..ketirisan duit atau dana didlm JKKK..kronisme didlm pelbagai sudut...itu la keburukan akar umbi UMNO..atas sebab itu la aku benci spai mati org2 UMNO..perjuangan aku menentang umno berbaloi pd PRU14 apabila jatuhnya parti yg penuh ego dan bongkak..ada juga akar umbi yg ingin melompat tp mereka malu, krn mereka da di cop umno totok..tp ada juga yg x tau malu ingin melompat, tp ditolak oleh PH..dan ada juga tidak tau nak kemana, sbb itu mereka berdiam diri..ada juga yg sesikap neutral dan ada juga bersama umno kerana projek dan sebagainya..
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 2 people, people sitting and text
Image may contain: 1 person, text

APA TUNGGU LAGI ZAHID HAMIDI, LETAKLAH JAWATAN CEPAT!!

Nampaknya Mohamad Hassan atau Tok Mat sejak memperolehi kuasa menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO seperti ada kuasa ajaib yang sungguh luar biasa.

Hanya baru tiga hari diberikan kuasa tersebut oleh Zahid Hamidi yang kini hanya berstatus Presiden UMNO tanpa kuasa, Tok Mat bukan saja sudah berjaya mendapat kepercayaan penuh ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinannya, malah menjadikan parti itu semacam telah pulih sepenuhnya.

Kata beliau, ahli UMNO sekarang ini selesa dengan kepimpinan semasa sejak beliau mengambil alih tugas-tugas Presiden UMNO daripada Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama, tegasnya, berikutan pengambilalihan tugas-tugas Presiden UMNO oleh beliau itu, tidak akan berlaku lagi kejadian lompat parti melibatkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO.

"Saya sudah berjumpa dan berbincang hati ke hati dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO.

"Mereka kini berpuas hati dengan keadaan parti dan selesa dengan kepimpinan semasa," ujar Tok Mat lagi.

Wahhh...hebat sekali!!

Itu baru tiga hari mendapat kuasa sebagai Presiden UMNO, bayangkan jika sebulan atau setahun selepas ini?

Tetapi, apakah maksud tersirat di sebalik kata-kata beliau itu?

Apa yang ingin Tok Mat sampaikan sebenarnya ialah ahli-ahli UMNO, termasuk Ahli-Ahli Parlimen parti itu tidak sekadar gembira dengan tindakan Zahid Hamidi menyerahkan kuasa presiden kepada beliau, bahkan membuktikan dirinya lebih diterima berbanding Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Bermakna, meskipun tiada tempoh masa tertentu cuti sementara yang diambil Zahid Hamidi itu, ruang untuknya kembali memegang tugas sebagai Presiden UMNO sudah tertutup sama sekali.

Dalam erti kata lain, Tok Mat secara tersiratnya mahu Zahid Hamidi segera meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO agar beliau dapat menjadi Pemangku Presiden UMNO yang mutlak, bukan setakat menjalankan tugas-tugas presiden saja seperti sekarang ini.

Lalu, tunggu apa lagi Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 22/12/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena