Thursday 13 December 2018

[Video SEMUA TAMAN NEGARA Tangung Jawab Kerajaan] Waaa haiii lebai2, yg curi duit FELDA Umno, curi duit TH Umno, Curi duit MARA Umno TAPI YG SALAH DAP? Tabung Haji dah jadi skim 'Pak Man Telo'...

Jumaat, 14 Disember 2018
No automatic alt text available.
Image result for Gambar Pulau Kukup
Image result for Gambar Pulau Kukup
Image result for Gambar Pulau Kukup
Bila rejim Najib ubah Tabung Haji jadi skim "Pak Man Telo"... 
Selepas salah urus dan rompakkan yang berlaku kepada 1MDB,MARA dan Felda, skandal terkini yang sepatutnya mengejutkan orang-orang Melayu, adalah skandal Tabung Haji(TH). Seperti skandal 1MDB, mungkin skandal TH agak terlalu rumit dan kusut bagi orang Melayu  untuk memahaminya, akibatnya mereka tidak mahu ambil tahu apa yang sedang berlaku di TH. 

Apa yang mengejutkan, TH dikatakan terlibat dalam skim cepat kaya ala Pak Man Telo. Mungkin skandal TH ini hampir sama dengan skandal2 yang melibatkan KWSP, PNB, LTAT, KWAP dan sebagainya. TH kini mengalami masalah kewangan selepas kerajaan baru PH mendedahkan bahawa TH memberikan pulangan hibah(dividen) setinggi 8.25% kepada pendeposit2nya. 

Rupa-rupanya, pemberian "hibah" (dividen) TH dari tahun 2013 hingga 2017 berkisar antara 6.25% hingga 8.25% - tempoh ketika Najib Razak adalah Perdana Menteri. Secara perbandingan, kadar deposit tetap adalah kira-kira 3%. Dividen yang terlalu baik dan tinggi itu telah menarik pertumbuhan deposit tahunan pada kadar 10.6% antara 2011 dan 2017. 

Pulangan dividen yang tinggi dan luar biasa dari TH, yang ditubuhkan untuk membantu umat Islam menunaikan ibadat haji, begitu menarik sekali sehingga ada seorang pendeposit tunggal telah melaburkan lebih daripada RM190 juta dalam dana itu. Pendeposit tunggal itu akan kaut RM15.675 juta dari pelaburannya sekiranya dividen yang diumumkan itu mencecah 8.35%. Dia secara mudah dapat untung besar tanpa melakukan apa-apa pada tahun itu. Ini lebih merupakan Skim Ponzi aka Skim Pak Men Telo yang tidak dapat dikekalkan. 

Pelan Kerja Pemulihan dan Penyusunan Semula TH telah menunjukkan berlaku pemusatan pendeposit yang tinggi ke segmen kecil di mana 1.3%, atau hanya 117,000 daripada pendeposit, menyumbang 50% daripada dana deposit dalam TH. Apa yang dimaksudkan ialah sekiranya sejumlah kecil penyimpan yang kaya(117,000 orang) ini menarik keluar deposit mereka dari TH, skim TH ini pasti akan runtuh. 
Related image
Laporan kajian semula kedudukan kewangan Lembaga TH mendapati wujudnya keuntungan yang diabaikan, nilai aset yang tidak dinyatakan, profil pendeposit yang tidak seimbang dan urus niaga yang dipersoalkan. Laporan yang disediakan oleh firma perakaunan yang dilantik oleh kerajaan PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk mengkaji semula kedudukan kewangan untuk 2017 telah menemui pelbagai kepincangan dalam akaun TH tersebut. 

TH sebenarnya telah mencapai kerugian sehingga RM10.2 bilion ekuiti domestik dan antarabangsa pada Oktober tahun ini dan liabilitinya melebehi aset sebanyak RM9 bilion. Satu laporan mengatakan - "Jurang antara aset dan liabiliti adalah RM9 bilion. Sekiranya jurang RM9 bilion tidak dikambusi, maka tiadalah pembahagian hibah (dividen) bukan saja untuk tahun 2018 tetapi juga untuk tahun-tahun berikutnya. 

"Malah, TH telah membayar "hibah" secara haram kepada pendeposit sejak 2014 dan ini  melanggar Akta Tabung Haji 1995 di mana TH  tidak dibenarkan mengisytiharkan dividen jika liabilitinya melebihi aset. Menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei tahun ini, TH telah membayar dividen 6.25%, berjumlah RM2.7 bilion. 

Sebagai satu penghinaan terhadap nama baik Islam, kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh UMNO dan disokong oleh parti Islam PAS telah 'menghiasi' buku-buku perakaunan TH supaya nampak ada keuntungan besar. Mereka melakukan ini  dengan cara menlupuskan saham2nya di Bank Islam Malaysia Berhad  bagi menunjukkan keuntungan dan kemudiannya membeli balik saham2 yang sama itu. Amalan ini adalah sesuatu yang melanggar penyenaraian bursa saham dan penipuan pada peringkat tertinggi. 
Image may contain: 1 person
Satu laporan bebas yang bertajuk "Tinjauan Kedudukan Kewangan TH" oleh PwC menunjukkan bahawa TH menerima keuntungan sebanyak RM553 juta daripada pelupusan saham Bank Islam pada 2017 dan seterusnya membeli semula saham2 yang dilupuskan itu dalam tempoh empat hari selepas tarikh dagangan pada harga yang sama dijual melalui 4 syarikat broker - UOB, Kenanga, TA Securities dan Affin. 

Oleh kerana keuntungan yang dikatakan sebanyak RM553 juta itu adalah "palsu", bekas Pengerusi TH, Abdul Azeez Abdul Rahim, juga Ahli Parlimen UMNO, telah berkonspirasi dengan ahli2 lembaga pengarah TH untuk menggagau simpanan pendeposit TH bagi membayar dividen pada 2017. Dengan itu terciptalah ilusi kononnya TH pada 2017 telah menghasilkan pulangan tinggi yang luar biasa,walhal sebenarnya 'keuntungan' itu berasal dari wang pendeposit yang dilabur mereka dengan susah payah tetapi digagau oleh Pengerusi dan ahli2 lembaga TH. 

Penipuan itu akan berterusan jika rejim lama memenangi PRU-14 pada 9 Mei 2018 lalu. Menurut skim Ponzi aka Pak Man Telo bukan semua pendeposit akan menarik balik wang mereka di TH. Namun penipuan ala skim cepat kaya ini lambat laun akan diketahui juga dan gelembungnya akan meletus bila dananya tidak mencukupi dan di dalam skandal TH ini - bila liabiliti melebihi aset sebanyak RM9 bilion. 

Nasib baik bagi pendeposit2 TH, tetapi malang bagi pembayar2 cukai, dana TH itu dijamin oleh kerajaan. Terima kasih kepada pencuri2 dan penyamun2 UMNO, wang pembayar cukai terpaksa digunakan untuk menyelamatkan dana jemaah haji itu. Kenderaan Tujuan Khas (SPV) telah ditubuhkan untuk mengambilalih aset bernilai hampir RM20 bilion dari TH untuk memulihkan semula nilai itu. 
Image may contain: 1 person, text
Tetapi ia juga bermakna Bank Negara akan menyediakan peminjaman jangka pendek sementara sebanyak RM10 bilion untuk meningkatkan kedudukan mudah tunai TH. Bagi tahun kewangan 2017 sahaja, liabiliti TH telah melepasi asetnya dengan jumlah sebanyak RM4.1 bilion. Dan penyangak2 UMNO ada hati menuntut kerajaan baru PH  berhenti membuat kenyataan membimbangkan mengenai salah laku dalam TH - untuk mengelakkan panik dan "melumpuhkan" institusi TH tersebut. 

Apa yang anehnya parti PAS yang dikatakan sebagai "pembela Islam" seharusnya kutuk perbuatan perogolan institusi TH ini oleh regim UMNO/BN,tetapi, sebaliknya PAS memilih untuk terus menyesatkan dan menipu orang Melayu dengan menuduh bahawa kerajaan baru PH hanya "bermain dengan angka",sedangkan pengoditan akaun TH dilakukan oleh sebuah syarikat odit terkemuka dunia PricewaterhouseCoopers (PwC). Persoalan yang hangat adalah - siapakah pengerusi dan ahli2 lembaga di TH? Adakah terdapat seorang dua etnik Cina atau India? 

Dr. Mahathir sekali lagi telah membuktikan teorinya - bahawa orang Melayu bukan sahaja malas tetapi tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja mereka terlalu malas untuk menganalisis dan berfikir secara objektif, tapi mereka adalah penyamun dan penyangak yang sebenar sanggup mencuri,menyamun dan menjatuhkan institusi2 kewangan orang Melayu,. Mereka juga suka mendendam terhadap orang Melayu lain dan suka melaga2kan orang Islam dan bukan Islam. 
(Rencana ini adalah terjemahan dan adaptasi dari artikal berjodul "How Najib Regime Transformed Tabung Haji Into A Ponzi “Get-Rich-Quick” Scheme" oleh Finance Twitter) -TS 

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Dari skim Pak man telo, lepas ni Jadi Tin Milo....

ANONUMOUS said...

اين اياله جمڤوتن خاص كڤد اورڠ ملايو اسلام سهاج .

سيلا ماسوق ك ڬروڤ t.me/semboyan اونتوق كيت برسام سام د باوه ساتو بومبوڠ اونتوق برساتو سسام اسلام

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena