Saturday 22 December 2018

[Video Zahid Hamidi Sudah Kosongkan Pejabat Presiden UMNO] Wak jangan rasa selesa sangat dengan capaian 46, Najib akan KEJAR RAPAT dah 39 diikuti Musa Aman 35! 'Suruh P Waythamoorthy berundur' Saddiq ada kelas, puji Dr Asri.

Ahad, 23 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Wak jangan rasa selesa sangat! Peluang masa terbuka dan Masa masih ada, kami yakin Najib mampu bergelar Juara!.

Syed Saddiq ada 'kelas', puji Dr Asri

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin memuji keberanian Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempertahankan tindakan sayap parti itu dalam menuntut P Waythamoorthy berundur sebagai menteri perpaduan.
Tuntutan itu dibuat sebelum ini oleh Pemuda Bersatu berikutan rusuhan kuil Sri Mariamman di USJ 25, bulan lalu.
"Ada class (kelas)," kata Asri ketika berkongsi pautan berita Malaysiakini bertajuk 'Desak Waytha berundur: Syed Saddiq jawab Ramasamy' di laman sosial Facebooknya.
Syed Saddiq sebelum ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP P Ramasamy bahawa Pemuda Bersatu tidak akan berdiam diri dalam menyuarakan pandangan mereka.
Ini selepas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu membidas Pemuda Bersatu kerana menuntut Waytha meletakkan jawatan.
Menurut Ramasamy, desakan itu menghina kebijaksanaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang melantik Waytha selain mendesak tindakan dikenakan terhadap Syed Saddiq.
'Bukan nak 'play safe'
Bagaimanapun Syed Saddiq yang juga anggota parlimen Muar berkata beliau tidak akan meminta maaf dalam menyuarakan pandangannya apatah lagi memekakkan teliga terhadap suara rakyat.
"Saya tidak masuk politik untuk 'play safe'. Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. 
"Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara," katanya dalam satu kenyataan.
Waythamoorthy sebelum ini menerima tekanan pelbagai pihak untuk berundur disebabkan tindakannya menyalahkan pihak polis dalam insiden pencerobohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 pada 26 November lalu.
Sehari selepas itu, Muhammad Adib mengalami cedera parah dipercayai selepas dipukul sekumpulan perusuh yang bertindak balas.
Muhammad Adib ketika itu, menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.
Allahyarham menghembuskan nafas pada 17 Dis lalu selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa di hospital.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena