Dulu laknat UMNO sekarang dah jadi kawan. Sekarang buat himpunan laknat PH, siapa sangka esok dapat jadi menteri PH bagi dah jadi lain.
Sebab itu Dr.Maza kata, bahaya bila main politik gunakan agama untuk satu-satu tujuan kepentingan peribadi semata-mata, hanya kerana tak sehaluan, kafir mengkafir macam dia saja yang betul.
Macam-macam fitnah keluar, Perlis tak ada mazhablah..!! Perlis negeri wahabilah..!! tapi aku tengok tak ada pun dekat Perlis solat 1 masjid 2 imam, sebelihan parti itu tak boleh makan, baiah talak bini, nak main politik mainlah tapi bini nak ditaruh talak 3 tu apa cita..
Tak tahukah Hj Hadi!! Apa yang keluar dari mulut Hj Hadi ini, bagi pengikut bawahan akan dijadikan Amanat Hadi. Sekarang PAS dah jadi kawan UMNO, 14 orang yang mati lawan UMNO dulu macam mana cita?
Memang betul pun Hj Hadi lah penyebabnya perpecahan Umat Melayu Islam.
Sebab itu Dr.Maza kata, bahaya bila main politik gunakan agama untuk satu-satu tujuan kepentingan peribadi semata-mata, hanya kerana tak sehaluan, kafir mengkafir macam dia saja yang betul.
Macam-macam fitnah keluar, Perlis tak ada mazhablah..!! Perlis negeri wahabilah..!! tapi aku tengok tak ada pun dekat Perlis solat 1 masjid 2 imam, sebelihan parti itu tak boleh makan, baiah talak bini, nak main politik mainlah tapi bini nak ditaruh talak 3 tu apa cita..
Tak tahukah Hj Hadi!! Apa yang keluar dari mulut Hj Hadi ini, bagi pengikut bawahan akan dijadikan Amanat Hadi. Sekarang PAS dah jadi kawan UMNO, 14 orang yang mati lawan UMNO dulu macam mana cita?
Memang betul pun Hj Hadi lah penyebabnya perpecahan Umat Melayu Islam.
Rasis berpelembagaan dan tanah haram
‘Melayu’.
Tiga suku kata yang menimbulkan seribu satu perasaan dan bayangan, sama ada tenang atau benci.
Malas. Rajin.
Bodoh. Bijak.
Jahat. Baik.
Mudah diperdaya. Sihat akal.
Rasis. Islamik.
Sekian lama, Melayu menyamakan perjuangan bangsa mereka dengan perjuangan Islam. Hari ini, sebagai orang berdarah Melayu, saya ingin menjentik fikiran bangsa saya untuk mengimbau kembali keselarian pemikiran mereka dengan agama yang mereka akui sebagai penganutnya.
Jentikan ini adalah dengan tujuan membawa satu teguran kepada orang Melayu, khususnya kepada beberapa pihak seperti ISMA dan PERKASA yang kelihatan terlalu taksub memperjuangkan tiga suku kata yang melambangkan bangsa kita ini. Tetapi sebagai seorang yang mempunyai ibu berbangsa Cina yang merupakan bekas penganut Kristian, harapnya kelak saya tidak dituduh oleh pihak ini sebagai membawa agenda Evangelis pula.
Sahifah Madinah
Piagam Madinah sering dijulang para agamawan dan geng-geng usrah sebagai kontrak sosial yang unggul digubal oleh Nabi Nabi Muhammad s.a.w.
Dikisahkan bahawa suku-suku kaum di tanah haram Madinah zaman dahulu mencari-cari seorang individu yang dapat mendamaikan perbalahan antara mereka. Penduduk di situ termasuk golongan penyembah berhala, Yahudi, dan Kristian.
Namun, sebahagian besar telah menjadi Muslim apabila disampaikan risalah oleh Nabi Muhammad. Maka, Nabi Muhammad diminta untuk memimpin mereka dan tercetusnya Piagam Madinah (atau Sahifah Madinah) yang dikatakan ramai sejarawan sebagai piagam bertulis yang pertama di dunia.
Nabi Muhammad bukanlah orang tempatan, tetapi dari Mekah. Selain menjadi bukti keterampilan Nabi Muhammad sehingga dihajati kepimpinannya oleh masyarakat yang beratus kilometer jauhnya, Piagam Madinah membawa mesej rahmah.
Sememangnya Piagam Madinah adalah pentadbiran berunsurkan agama, tetapi konsep ini merupakan sesuatu yang progresif pada zaman tersebut, menurut Dr. Yasir Qadhi. Kaum Yahudi di sana diberi hak yang sama sebagai warganegara dengan orang Islam dan semua golongan wajib berganding bahu jika terdapat serangan dari luar kota Madinah.
Dari segi kebajikan dan ekonomi pula, kerajaan secara amnya tidak mencampuri urusan harian kaum Muslim dan kaum Yahudi. Mereka bebas berniaga sesama sendiri, malah pembangunan satu kaum memberi kesan baik kepada kaum lainnya hasil saling kebergantungan mereka.
Ini berlainan dengan sentimen si Ahmad, si Abu, dan si Ali yang acah-acah bahawa membenci Yahudi itu Islamik. Sedangkan perbezaan Yahudi dan Zionis pun cukup jadong dan sering menghamburkan makian dengan sebatang rokok buatan syarikat Yahudi menyala di mulut.
Ini berlainan dengan sentimen si Ahmad, si Abu, dan si Ali yang acah-acah bahawa membenci Yahudi itu Islamik. Sedangkan perbezaan Yahudi dan Zionis pun cukup jadong dan sering menghamburkan makian dengan sebatang rokok buatan syarikat Yahudi menyala di mulut.
Mesej seperti ini nampaknya tidak dapat dihadam oleh pihak ISMA dan PAS yang seakan-akan sering menganjing-anjingkan slogan ‘rahmatan lil alamin’ dengan mengatakan bahawa kerajaan bersikap rahmah kepada kafir (yakni orang yang menolak risalah Islam yang tulen). Sedangkan semua di alam ini, termasuk haiwan, tumbuhan, ISMA sendiri dan juga kafir, termasuk sebagai alamin. Ia membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang dipelajari mereka dalam usrah Melayu Sepakat Islam Berdaulat itu.
Perlembagaan dan Perkauman
Ikut bicara seorang ustaz yang saya tidak sangka kealimannya dalam subjek sejarah (dan bukannya memandai bercerita dongeng asal-usul kata ‘Melayu’ seperti seorang ustaz jari tengah di Kedah), takrif ‘Melayu’ pra-Merdeka adalah mereka yang pada waktu itu menduduki Tanah Melayu, menganuti agama Islam, dan mengamalkan budaya Melayu serta reti berbahasa Melayu. Ini memang termaktub dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia.
Maka, selepas Merdeka, mereka ini dengan automatiknya memperoleh status ‘Melayu’ bersama-sama dengan hak-hak istimewa Melayu. Tak kiralah Bangladeshi, Indonesia, Gujerati, malah Somalia, semuanya ‘Melayu’ asalkan Islam atau telah masuk Islam di waktu Merdeka diisytihar.
Menariknya (dan malangnya), diskaun khas ini hanya terpakai sewaktu kemerdekaan. Yakni, pasca-Merdeka sehingga kini, tiada lagi mana-mana individu yang masuk Islam akan memperoleh status ‘Melayu.’
Jika sekarang ini seorang pemuda Cina ateis tertarik dengan mesej Islam yang lojik dan masuk akal, dia tidak akan layak membeli lot rumah Bumiputra mahupun tanah ‘merah’ rizab Melayu. Tetapi, oleh kerana Perlembagaan juga memberi takrifan ‘Melayu’ itu sebagai zuriat kepada orang yang Islam dan berbudaya Melayu, maka anaknya boleh mendapat status ‘Melayu.’
Dalam Islam, bapa tidak menanggung dosa anak, tetapi di Malaysia, bapa boleh menggunakan nama anak untuk membeli lot bumiputra.
Darah dan Iman
Manusia dicipta Tuhan berlainan etnik. Akan tetapi, tiada siapa pun yang boleh membezakan antara cap jari seorang Uyghur dan seorang komunis, seorang Muslim dan seorang teroris, seorang ahli ISMA dan seorang mangsa propaganda mereka.
Di sini haknya Tuhan mengakhirkan seseorang di neraka kerana tidak memilih kebenaran, kerana pegangan hidup adalah pilihan manusia, tetapi darahnya tidak. Memang pun salah ibu mengandung. Namun, Perlembagaan Malaysia menimbulkan suatu dikotomi di mana Melayu itu seharusnya Islam.
Dan diterbalikkan pula, jika seorang Melayu memilih tinggalkan fitrah Islam, maka menurut Perlembagaan, beliau automatik hilang status ‘Melayu’. Perlembagaanlah yang menentukan bahawa mustahil Melayu itu memilih menjadi ateis atau Bahai atau ahli Zoroastrianisme, bukannya takdir.
Jika keluar Islam akan hilang hak istimewa. Masuk Islam hanya dapat syurga sahaja di akhirat kelak. Aneh dunia ini.
Sampai Bila?
Sampai bila kaum bukan Melayu mampu menahan diri dalam suasana ‘warga kelas kedua’ ini? Adik-beradik ibu saya, tiga daripada lima orang sudah menetap di seberang laut sejak sekian lama kerana nuansa sedemikian. Malah, adanya baru-baru ini seorang peguam Melayu yang mengaku bahawa beliau ‘rasis berperlembagaan’ (kebetulan peguam itu kalah teruk dan hangus deposit semasa PRU-14).
Dan sampai bila pula orang Melayu hendak berpegang kepada romantisisme kontrak sosial? Buat masa ini, bolehlah kaum lain bertahan dengan konsep ketuanan Melayu.
Tapi lagi 100, 200 tahun bagaimana? Adakah cucu cicit cuit mereka akan terus berdiam diri dan tunduk akur hanya kerana mereka lahir sebagai Ah Lek, Saravanan, dan de Cruz? Kalau hendak berpegang kepada sejarah silam, Sabah pun milik Kesultanan Sulu.
Dan kalau hendak berpegang kepada sejarah silam, semua manusia asalnya dari Afrika. Menurut Dr. Craig Venter, seorang saintis genetik, konsep etnik atau ‘ras’ (yang mana perkataan ini disebut secara khusus dalam Perlembagaan) tiada pun asas saintifik. Ia cuma label yang diberi sesama manusia dan walaupun ia mempunyai peranan dalam memudahkan urusan hidup, ia sungguh mudah juga dipergunakan untuk menegaskan kelebihan suatu kelompok ke atas yang lain sehingga tertumpahnya darah.
Keistimewaan dan Kesamarataan
Jika Sahifah Madinah menjadi teladan unggul bagaimana kepelbagaian diraikan dan tiada pengelasan kedua diamalkan dalam kalangan warganegara, maka adakah orang Melayu sebenarnya perlu mengimpikan kesamarataan kaum berbanding hadir ke demo anti-ICERD? Adakah hak istimewa Melayu lebih menepati agama berbanding kesamarataan?
Apa jenis pun ketuanan sekumpulan manusia ke atas yang lain adalah bercanggah dengan falsafah kenegaraan moden. Yang mirip antara Sahifah Madinah dan Perlembagaan cuma larangan orang kafir menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Dasar demikian dijalankan dalam keadaan orang Islam merupakan majoriti dan paling besar suaranya.
Sama ada Nabi Muhammad mentadbir rakyatnya menurut agama anutan kerana itu yang dirasakan sesuai pada zaman tersebut, Tuhan lebih mengetahui. Namun, jika hendak dikekalkan juga ‘favouritism’ pada hari ini, pastinya ketuanan agama itu lebih baik dari ketuanan bangsa di mana takrifan bangsa itu sangat longgar dan bermasalah.
Yang sudah biasa hidup bertongkat barang kali akan berkata, “Apa yang tinggal untuk orang Melayu jika kita tukar kepada hak istimewa orang Islam?” Dangkal dan manja sekali fikiran sebegini, kerana jika si peniaga Cina kaya sudah Islam, apa jua tindakannya untuk kebaikan Islam juga. Hati manusia sentiasa akan terpaut pada yang sama pegangan dengannya. Itulah akar kata bagi konsep ‘akidah’ – suatu akad atau ikatan, dan ini perkara pertama yang ditekankan dalam Islam.
Yang dibawa Islam adalah idea pemimpin tertinggi dalam negara seharusnya seorang Muslim. Selain itu, pentadbiran, komposisi kafir dalam pentadbiran, dan dasar-dasar sama ada yang mempunyai bias atau tidak, adalah terpulang kepada ijtihad (pandangan) pemerintah. Sudah tentu, apa jua jenis dasar yang dijalankan perlu mencerminkan kehendak rakyat dan suara majoriti.
Seorang pemimpin, hubungannya dengan rakyat adalah seperti bapa dan anak dengan konsep keadilan sebagai asasnya. Jika ada yang kurang pada mana-mana anak, dilebihkan pemberian kepadanya. Dan pemberian itu bolehlah dialihkan apabila anak tersebut telah berdiri sama tinggi dengan adik-beradiknya.
Begitulah yang cuba dilakukan dengan Dasar Ekonomi Baru yang membawa perancangan baik untuk membangunkan ekonomi Melayu Islam. Namun, setelah berpuluh tahun berlalu, jurang pendapatan menurut etnik tidak pun mengecil.
Dan sebaliknya, jika mana-mana golongan selain Melayu Islam mengalami kesukaran hidup, pemimpin negara wajib membantu meningkatkan mereka supaya tidak ketinggalan. Kerana, yang dikejar akhirnya adalah keamanan.
Islam dan Imbangan
Keamanan itulah yang merupakan keadaan di mana Islam boleh disebar luas dengan baik. Dalam keadaan tegang yang ditimbulkan pihak yang dengki dengan kerajaan dan fobia DAP, prasangka menyukarkan penyampaian Islam. Sama ada DAP benar mempunyai agenda tersirat, hanya pemimpinnya dan Allah Sang Pemilik hati manusia yang tahu. Tetapi imbangan kuasa yang ada dan dikawal bapa, tidak seharusnya menimbulkan resah di kalangan anak-anak.
Kerana itulah ramai dari kalangan agamawan yang berakal, tidak menyokong apa yang diperjuangkan UMNO (yang dilihat rajin berserban dan berjubah, kini suka nak berkawan pula. Mungkin sudah sewel). Selama 60 tahun, UMNO telah membawa imej Islam yang berasaskan kaum dan mencanang orang Melayu sebagai tuan tanah, sedangkan parti mereka bobrok walau hendak memaksa kaum lain menerima ketuanan mereka. Ketuanan dalam rasuah, mungkinlah.
Orang bukan Melayu tidak perlu dipaksa-paksa dan dibenamkan dalam kepala mereka akan hak istimewa Melayu. Perlembagaan sudah memaktubkannya, jadi tidak perlulah mereka yang ghairah memperjuangkan ketuanan Melayu bertaraf IQ lobak menghentak-hentak kaki persis anak tak dapat jajan di pasar malam. Itu hanya membuatkan mereka lagi menyampah dan bersangka buruk dengan Islam.
Bayangkan, sewaktu mula melangkah ke alam pekerjaan dulu saya diarahkan ke kursus Biro Tatanegara. Duduk sebilik dengan kawan-kawan Cina dan India. Di pentas nun, seorang Melayu berdegar-berdegar menekankan bahawa orang Melayu adalah tuan tanah. Malu saya tak terkata waktu itu; kami bersama-sama menyelamatkan nyawa pesakit tanpa mengira bangsa mereka, tetapi rakan sekerja terang-terangan diberitahu bahawa warna kulit mereka kurang mulia daripada warna kulit saya.
Kebergantungan Diri dan Masa Depan
Dalam Perlembagaan, hanya disebut hak istimewa dalam beberapa perkara sahaja, seperti tanah rizab, pendidikan, dan permit niaga. Akan tetapi, perangai Melayu yang pukul rata kaut semua telah membentuk pemikiran bahawa mereka mempunyai lesen khas dalam segala hal. Menuntut ketuanan bangsa mereka itu lebih mudah berbanding mengikut peraturan, sehinggakan keutamaan rawatan pesakit di hospital pun boleh dijadikan isu kaum.
Haprak sungguh pemikiran yang diternak sejak sekian lama. Sikit-sikit, ugut Mei 13 akan kembali. Segala tongkat telah diberi, pun masih budayakan rasuah, pun masih salahkan Cina. Jika bercakap Bahasa Inggeris sikit, diejek berlagak. Tapi jika anak peroleh biasiswa MARA ke luar negara tanah orang putih penjajah, dialah yang pertama mengkhabarkan kepada orang lain
Yang lebih utamanya adalah Melayu perlu meningkatkan daya saing. Kerana hak istimewa yang dirasai kini, entah sampai berapa lama lagi Tuhan takdirkan wujud. Sahifah Madinah tidak memperuntukkan campur tangan pentadbiran Nabi Nabi Muhammad dalam urusan harian rakyat. Lihat saja kisah di mana Yahudi menguasai perigi sehingga menyukarkan orang Islam memperoleh air. Nabi Muhammad menghantar ‘Uthman bin Affan untuk membeli perigi tersebut, bukan menggunakan perlembagaan untuk memperuntukkan perigi itu sebagai rizab orang Islam!
Majoriti Muslim di negara hanya 60%, dan itu figura yang tidak besar. Lagi 40% orang bukan Melayu Islam adalah minoriti signifikan dan lojiknya berhak didengari suara mereka, bukan disenyapkan atas nama ketuanan bangsa. Tak patut bahawa atas dasar negara, ditinggikan suara ke atas mereka dan diutarakan ayat seperti ‘kalau tak suka, balik Guangzhou!’ Mereka seperti ini hanya si bodoh yang tak sedar semua yang lahir di Malaysia, warna IC mereka sama-sama biru.
Meskipun konsep hak istimewa Melayu tidak sepenuhnya tempang di sisi agama, pengamalannya harus dalam kerangka yang membuat kaum lain rasa senang dengan Islam. Dan untuk jangka masa panjang, orang Melayu sepatutnya mengejar idealisma peluang yang sama dan padang yang rata untuk semua pihak. Ini suasana yang mana tiada satu kaum pun yang akan rasa tertindas dek perkara yang telah tergubal dan kemajuan diri adalah tertakluk kepada kecekalan dan kebijaksanaan masing-masing.
Saya sebagai seorang separuh Melayu (tetapi sepenuhnya Islam) mengimpikan keadaan ini, di mana orang Islam akan melonjakkan diri ke hadapan atas dasar kebanggaannya dengan agama wahyu ini dan tidak lagi menipu diri melaung-laungkan jeritan hak istimewa kerana ingin menjaga periuk nasi sendiri. Semua manusia akan berpihak kepada sesama jenis mereka dan itu fitrah, tetapi agama itu adalah tanda ukur yang lebih rasional untuk dijadikan pengikat antara manusia, dan yang meninggikan darjat manusia di sisi Allah adalah Islam.
Kerana akhirnya, perlembagaan Islam iaitu al-Quran, sudah memaktubkan bahawa kaum Muslim adalah golongan yang terbaik kerana mengajak manusia kepada kebaikan dan melarang keburukan. Bangkitlah wahai Melayu, dengan ketuanan akhlak dan ketuanan rahmah! – Roketkini.com
*Dr. Daniel Iqram merupakan seorang pegawai perubatan. Pandangannya adalah tersendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak yang lain.
0 comments:
Post a Comment