Tuesday, 18 December 2018

[Video Aduhhh, Sebelum Solat Jumaat! Semua Tak Mengaku Akan Lompat Parti] Al fatihah #Justice4Adib & Polis beri ingatan jangan kaitkan kematian Adib dengan isu perkauman.

Selasa, 18 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Aduhaiii.. tak tahu nk kata apa.. Semua Allah dah tentukan perjalanan hidup ini... Dari jauh ku panjatkan doa agar arwah Adib mendapat tempat bersama kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. buat pasangan arwah.. bersabarlah dgn ketentuan dariNYA.. Al fatihah...
Otai BERSIH

Polis beri ingatan jangan kaitkan kematian Adib dengan isu perkauman


Afiezy AzamanAstro Awani 
Polis beri ingatan jangan kaitkan kematian Adib dengan isu perkauman
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim beri amaran kepada pihak yang sengaja kaitkan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dengan isu perkauman.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan jangan sesekali mengaitkan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dengan isu perkauman dan sebagainya.

Dalam masa sama,a Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menegaskan, kematian Allahyarham Muhammad Adib merupakan kes jenayah dan pihaknya akan mengambil tindakan sewajar.

“Saya beri ingatan jangan ambil kesempatan ke atas isu ini untuk membangkitkan isu-isu rasis, perkauman dan sebagainya, ini hanyalah satu kes jenayah yang dalam tindakan pihak polis,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro Awani, pada Selasa.

Sejurus kematian Allahyarham Muhammad Adib, 24, pada pukul 9.41 malam Isnin, laman media sosial dibanjiri pelbagai mesej termasuk di Facebook, Twitter dan WhatsApp yang mengaitkan pemergian anggota bomba itu ada kaitan dengan isu agama dan bangsa.

Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam Isnin.

Jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah di Kuala Kedah, sebelum solat Zohor pada Selasa.

Sementara itu, Noor Rashid berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan kes kematian Muhammad Adib.

“Kita telah klasifikasikan kes ini semula di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ia masih lagi di dalam proses siasatan.

“Kita akan ambil tindakan-tindakan yang perlu untuk melengkapkan siasatan dan mengenal pasti mereka yang terlibat, mendapatkan butir-butir dan kita akan ambil tindakan,” jelas beliau lagi.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena