Sunday 16 December 2018

[Video Nurul Izzah letak jawatan naib presiden PKR] Where is DSAI gang? Tun, janganlah dimatikan UMNO ini..

Isnin, 17 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.

Tolak nurul izzah.... DSAI skrg nampak sprti pengikut invoke... bukan invoke ikut DSAI... majoriti muka dilantik muka tak pernah turun padang... mana kredibiliti DSAI sbg president pkr? Knp ikut sgt kehendak sotong? DSAI tak ada pendirian ke?
1. Perlis - Amran - dubious background (RR’s faction)
2. Kedah - Johari Abdul (RR’s faction)
3. Kelantan - Supardi Mohd Noor (RR’s faction) (former umno member who was given special clearance from presiden to contest eventhough less than 6 months membership )
4. Terengganu - Azan Ismail
5. Pahang - Fuziah Salleh (not majority choice) (RR’s faction) (majority was supporting Zakaria)
6. Negeri Sembilan - Aminuddin bin Harun (not majority) (RR’s faction) At least 7 divisions support Dr Rafaie, Aminuddin only had 1 division support i.e. himself
7. Johor - Hassan Karim (not majority) (RR’s faction) out of 24 divisions - 17 supported Rashid Hasnon
8. Perak - Farhash (RR’s faction)
9. Sabah - Christina Liew (not majority) (RR’s faction) (12 divisions supported Dato’ Kong and Christina only got ðŸ˜Ž
10. Sarawak - Baru Bian
11. Pulau Pinang - Nurul Izzah (Father appointed the daughter)
12. Wilayah Persekutuan - Zahir Hassan (not majority) (RR’s faction) Tian and Kamaruddin Jaafar were the popular choice
13. Selangor - Amiruddin Shari
14. Melaka - Halim bin Bachik (never in field) (RR’s faction) (not majority)
All except Baru Bian and Amir Saari, the rest are anti Azmin/Invoke gang
Where is DSAI gang?

TUN, JANGANLAH DIMATIKAN UMNO INI...

Sejak awal lagi Tun Mahathir Mohamad dilihat bukan sekadar mahu mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, malah ingin menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada parti Melayu itu.

Selain dalam kempen-kempen sebelum PRU14 beliau selalu mengatakan UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak tidak lagi seperti UMNO yang asal, susulannya Bersatu terus diwar-warkannya akan menjadi pengganti kepada UMNO sekiranya rakyat memberi sokongan dan memenangkannya dalam PRU14.

Dengan Pakatan Harapan akhirnya berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada BN, keinginan beliau untuk menjadikan Bersatu sebagai pengganti UMNO tentu saja tambah meluap-luap.

Sebab itu, sebagaimana yang pernah diakui oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri, dalam pertemuan awalnya dengan Tun Mahathir sebaik menerajui UMNO, permintaan Perdana Menteri kepadanya ialah agar UMNO segera dibubarkan dan semua ahlinya berpindah menyertai Bersatu.

Permintaan itu bagaimanapun ditolak oleh Zahid Hamidi.

Dalam pertemuan antara beberapa pemimpin UMNO dengan Tun Mahthir pada 22 Oktober lalu yang diketuai oleh Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO di mana gambar-gambarnya terdedah baru-baru ini, perbincangan mengenai penggabungan UMNO dan Bersatu turut menjadi topik perbincangan.

Menurut Mohamad Hassan, penggabungan kedua-dua parti menjadi antara perbincangan dengan Tun Mahathir dalam pertemuan itu, selain beberapa topik yang lain lagi.

Kemudian UMNO Sabah lumpuh secara tiba-tiba apabila sebahagian besar Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagian parti itu mengambil keputusan keluar UMNO. Meskipun mereka belum membuat keputusan menyertai mana-mana parti, pastilah pilihan mereka adalah Bersatu dan bukannya Warisan.

Selain Tun Mahathir mengakui mereka itu ada menemuinya sebelum membuat keputusan meninggalkan UMNO, dikhabarkan juga sudah ada pertemuan antara mereka yang terbabit itu dengan Bersatu untuk tujuan membawa parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah.

Mungkinkah Bersatu akan mengingkari janji yang pernah dibuat terhadap Warisan bahawa parti itu tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sabah?

Dua hari lalu pula enam Ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti dan dikhabarkan ada 10 lagi akan menyusul selepas ini. Tidak mustahil ada lagi menyusul selepas itu.

Jika trend keluar UMNO ini berterusan, tidak mustahil UMNO akan mempunyai kurang daripada 10 Ahli Parlimen saja akhirnya nanti.

Ternampak bahawa semua usaha dan gerakan ini menjurus bukan saja untuk mengecilkan UMNO, malah menjadikannya "tunggul kayu".

Dalam waktu yang sama UMNO juga sedang berdepan beberapa masalah lain dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, antaranya banyak cawangan tidak mengadakan mesyuarat tahunan, tidak menghantar laporan serta tarikh pemilihan yang lalu yang sudah pun melewati tempoh 18 bulan lanjutan masa sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaannya.

Semua masalah itu bukan lagi rahsia boleh menyebabkan UMNO dibatalkan pendaftarannya, selain dalam waktu yang sama usaha terus dijalankan untuk menjadikan UMNO semakin mengecil dengan seorang demi seorang Ahli Parlimen ditarik untuk meninggalkan parti itu.

Mengapa Tun Mahathir ternampak begitu bersungguh-sungguh mahu UMNO dibubarkan dan digantikan dengan Bersatu?

Tidak dapat dengan cara memujuk Zahid Hamidi melakukannya secara baik, beliau nampaknya berterusan berusaha menarik seorang demi seorang pemimpinnya meninggalkan UMNO supaya ia jadi semakin mengecil dan hilang kekuatannya sama sekali.

Sejujurnya, dalam konteks ke arah demokrasi yang lebih baik, UMNO sebaiknya hendaklah terus dibiarkan hidup. Malah, jika ada apa-apa masalah dengan Pendaftar Pertubuhan, parti itu harus dipandu dan dibimbing untuk menyelesaikannya dengan baik, tetapi bukan dengan terus menghukum pendaftarannya dibatalkan.

Bersatu ketika ini sudah menjadi kerajaan bersama Pakatan Harapan. UMNO pula adalah pembangkang. Berusaha mematikan UMNO dan memaksa pemimpin serta ahlinya beralih kepada Bersatu semacam membunuh ruang demokrasi untuk bernafas dengan subur di negara ini.

Politik adalah pilihan, bukannya paksaan. Biarkan kedua-duanya - UMNO dan Bersatu - terus bersaing dalam politik negara ini bagi memberi ruang kepada rakyat memilih mana yang terbaik dan sesuai dengan pilihan hati mereka.

Tun, janganlah dimatikan UMNO ini....(ShahbudinHusin 17/12/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena