Sunday 16 December 2018

[Video KJ Desak Zahid Letak Jawatan Sekarang] STAY DI UMNO bererti masih mempertahankan Najib dan Zahid!

Ahad, 16 Disember 2018
Image may contain: 1 person
Image may contain: text

STAY DI UMNO BERERTI MASIH MEMPERTAHAN NAJIB DAN ZAHID....LEBIH MULIA DARI BERKETUAKAN TUN? OPEN SAY TO SHAHRIR

Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini.

Yang dijadikan sebab, pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!

Jadi sebaliknya, adakah halatuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?

Pelik juga, saya memikirkan pilihan perjuangan mereka ini.

Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya-tanya adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat. Itukah hak mereka sejujurnya?

Saya tertanya-tanya keputusan mereka yang melom pat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janjijanji mereka kepada pengundi walaupun manifesto PH bukan kitab suci. Jadi mengapa pula halatuju PH lebih baik daripada UMNO?

Sebaliknya, dari tinjauan saya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang. PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing pusing dan berdolak dalik dalam banyak perkara. Dalam soal "rule of law" pun, jelas nampak penguatkuasaan undang2 pun memilih bulu. Kalau tidak bersama mereka, bolih dituduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan ataupun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu. Tuduhan yang diuar-uarkan dalam media pun bolih berubah bila dihadapkan di mahkamah.

Isu ratifikasi ICERD pun bolih berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana.

Ahli-ahli menteri PH tetap berkokok ICERD akan diratifikasikan tahun depan.

Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula dikelirukan olih menteri agama PH. Sehingga ada kenalan saya yang baharu sahaja menunaikan fardhu Haji yg termenung seketika memikirkan samada ibadah Haji nya dibiayai dengan duit tidak sah. Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu. Betul-betul menteri agama PH tidak cukup bijaksana!

Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan. Apa lagi kalau ditenguk lagi pengurusan kewangan negara! Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!

Tenguk-tenguk, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang dicekau dan aset Khazanah yang dijual!

Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir. Harga sawit dan getah, kedua-dua sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon2 UMNO, pun di paras harga yang merbahaya. Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal2 kommoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu. Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang bolih dilakukan kerajaan PH. Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luarbandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat. Ekonomi bebas lah!

Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi2 wakil2 rakyat UMNO

Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti dijanjikan? Sebenarnya, kalau hendak dilaksanakan olih kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua-pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun

Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?

DAP dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini. Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadia melompat parti ini. PAS pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu.

Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju. Namun, kepada rakan-rakan saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka mencari-cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka.

12hb Dis 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena