Saturday 10 January 2015

Apalah malangnya Najib neh!...Kasut Rosmah Tercabut Tapak?

Ahad, 11 Januari 2015

Sengaja gua crop gambar ni supaya korang tak kenal siapa yang zuhud ni turun berjam jam redah banjir pakai kasut Gombak.

Lihat paras seluar basah sampai pinggang redah banjir.

Kasut murah bukti si pemakai tersebut amat zuhud. Berjimat lagi berhemah.

Gambar ni sebagai contoh teladan untuk kita ikot, tak da kaitan dengan sesapa yang hidup maupun yang mati otak.

Boleh gitu?


Tolong komen yang murni saja ok.
Tengok zuhud betul isteri PM kita...pakai kasut pun koyak...nak nak jumpa isteri PM yg zuhud camni kat negara d seluruh dunia....semua tentang juta2 yg kak mah joli tu hanyalah tuduhan semata2...huaa...

E-COLI = NAJIB KATA YA, KK KATA TIDAK

Apalah malangnya Najib ni.. dikeluarkan cerita kononnya dia kena E-Coli kerana melawat mangsa banjir, Kementerian Kesihatan nafikan ada menerima laporan mengenai wabak itu tersebar semasa banjir baru-baru ini..

Sebelum itu kerana nak ke Bangkok, di 'Tweet'nya kononnya beliau ke Bangkok bagi bertemu PM Thailand secara rasmi untuk membincangkan masaalah banjir..

Tapi menjadi pertikaian banyak pihak kerana tak pernah ada lagi Perdana Menteri yang berjumpa Perdana Menteri Thailand bagi membincangkan tentang banjir yang melanda Kelantan dan lain-lain negeri di Pantai Timur setiap kali musim tengkujuh..

Lebih malang lagi.. hari ini Bangkok Post pula mendedahkan pertemuan Najib itu atas kapasiti peribadi bukannya atas urusan rasmi.. dan tiada perbincangan mengenai isu banjir pun..

Menambah burukkan lagi keadaan Bangkok Post juga melaporkan Najib pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok.

Ha.. ha.. ha.. pergi teman Rosmah shopping dan sambung main golf rupanya dia...

Laporan berkaitan..

Najib ke Thailand lawatan peribadi, bukan urusan rasmi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Thailand dalam rangka lawatan peribadi untuk berjumpa rakan sejawatnya di negara itu, Jeneral Prayut Chan-o-cha, dan juga untuk berehat sempena cuti tahun baharu, lapor Bangkok Post hari ini.

Memetik sumber, ia menyatakan yang Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Thailand pada 2 Januari.

Laporan tersebut berkebetulan dengan kehadiran pesawat rasmi kerajaan di ibu negara Thai itu di mana Airbus A319 itu dikesan terbang dari Dubai ke Bangkok awal pagi itu.

"Mereka pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap satu malam di Hotel Shangri-La di Bangkok," tambah laporan itu.

Semasa lawatannya, Najib juga bertemu dengan Prayut dan berbincang secara tidak rasmi selama 90 minit di kediaman perdana menteri Thailand itu.

Antara topik yang dibincangkan, menurut laporan Bangkok Post, termasuk kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean.

Laporan itu juga menambah, memandangkan lawatan tersebut bersifat peribadi, berita tentangnya tidak disiarkan atas sebab 'protokol'.

"Perdana menteri Malaysia itu terpaksa menulis tweet yang beliau sedang makan tengahari dengan Prayut, berterimakasih kepada Thailand kerana menderma 500 tan beras untuk mangsa banjir di Malaysia bagi mengelak kritikan," kata sumber itu kepada Bangkok Post.

Ramai rakyat Malaysia mengkritik Najib selepas gambar beliau bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tersebar di Internet.

Isunya bertambah buruk apabila beliau tidak pulang ke Malaysia menggunakan pesawat rasmi kerajaan yang digunakannya untuk pergi ke sana, sebaliknya menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menambah lagi spekulasi tentang lokasi pesawat rasmi kerajaan itu.

Pesawat Airbus 319 itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, dilaporkan semalam mendarat di Lapangan Terbang Subang selepas tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam sebelumnya.

Sebelum itu, pesawat itu dilaporkan berada di AS, London, New York, Dubai dan Bangkok.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, Najib tidak dapat menggunakan jet rasmi kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada 27 Disember kerana mengalami 'isu teknikal'.

Najib juga mempertahankan permainan golf beliau dengan Obama, memanggilnya 'golf diplomasi' yang juga dilakukan pemimpin Malaysia sebelumnya, termasuk bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau berkata jemputan dari Obama 'sukar untuk ditolak' kerana ia dirancang mengikut jadual pihak lain lapor The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena