Saturday 3 January 2015

Melaka wujudkan LADANG BABI berteknologi tinggi di Alor Gajah...'Macai UMNO' tak nak BUAT TOUR di MELAKA ke?

Ahad, 5 Januari 2014

" JOM KITA LIHAT APAKAH MACAI-MACAI UMNO INI AKAN BUAT TOUR KE MELAKA PULA "


TIKAQ BULOH     8:41 AM     2

Penduduk lah sangat. Tidak dinafikan ada penduduk setempat, tetapi yang ramainya ialah ahli-ahli PERKASA yang merupakan macai-macai UMNO tegar.

Kita tengok apa kejadiannya selepas ini, adakah PERKASA akan buat tour juga di Melaka bagi membantah hasrat kerajaan negeri Melaka untuk membina ladang babi berteknologi tinggi. Korang sibuk sangatkan kesana kemari di Selangor. Baguslah, tetapi biarlah adil, jangan hanya di Selangor melalak, negeri UMNO buat-buat diam.

Perangai macai BN di Malaysia ni memang semua orang sedia maklum, bab-bab yang melibatkan PR merekalah yang melalak lebih, tetapi bila melibatkan UMNO BN mereka yang paling senyap.



MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan kawasan ladang babi berteknologi tinggi di Paya Mengkuang, Alor Gajah menjelang akhir tahun 2017 bagi mengatasi masalah penternakan babi yang tidak diselenggara dengan baik di kawasan itu.
  
Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata projek yang dibangunkan dengan konsep inisiatif kewangan swasta itu akan menepati piawaian veterinar dan setaraf dengan ladang seumpamanya di Belanda dan Taiwan.
  
"Ladang ini adalah tertutup dan mesra alam di mana setiap sisa ladang akan dilupuskan dengan menggunakan insinerator di ladang tersebut sekali gus mengelakkan berlakunya pencemaran.
  
"Dengan ladang berteknologi tinggi ini, masalah seperti bau busuk dan kumbahan di kawasan itu yang meresahkan penduduk setempat akan dapat diselesaikan," katanya kepada Bernama di sini.
  
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek itu supaya mengemukakan kertas cadangan bagi tujuan analisis sebelum diluluskan.
  
Kawasan ladang babi di Paya Mengkuang menjadi masalah kepada penduduk setempat kerana kegagalan penternak mematuhi piawaian Jabatan Veterinar seperti keperluan mempunyai sistem kumbahan yang teratur dan sistematik.
  
Enakmen baharu penternakan babi untuk negeri ini yang dijangka diwartakan tahun ini bakal memberi ruang untuk penguatkuasaan lebih tegas kepada penternak yang gagal mematuhi piawaian penternakan babi telah ditetapkan. SH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena