Wednesday 7 January 2015

[Video] MB Kelantan Jawab Fitnah Pembalakan Berleluasa Penyebab Banjir Di Kelantan

Khamis, 8 Januari 2015




Datuk Ahmad Yakob added 3 new photos.
[ admin ] YAB Menteri Besar Kelantan menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir Negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn. Sebelum itu beliau menerima kunjung hormat YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia di pejabatnya.
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN
TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU MANGSA BANJIR KELANTAN
Saya amat mengalu-alukan sukarelawan dari dalam dan luar Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bahkan pihak Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan bantuan dari rakan-rakan Negara luar dan semalam warga Bangladesh turut membantu kita dalam gotong-royong perdana, sebelum ini para sukarelawan dari Palestin, Thailand dan Singapura turut datang ke Kelantan membantu memberi bekalan makanan dan pakaian disamping melakukan misi membersih rumah ke rumah.
Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dilaman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan dan meminta mereka keluar dari Kelantan kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan. Jauhilah fitnah dan khabar angin yang hanya menambahkan saham dosa dalam diari amal kita, sebaliknya tumpulah kepada mencari alternatif bagi meringankan beban seluruh mangsa banjir.
Saya yang diberi amanah menaungi rakyat Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai bentuk bantuan serta bekalan kepada semua mangsa-mangsa banjir di Negeri ini. Penghargaan khas kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negara Thailand, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pasukan Keselamatan, Tentera, Polis, Pertahanan Awam, Bomba, Rela, Pihak Hospital serta Pasukan Perubatan, Ahli-Ahli Korporat, Usahawan-Usahawan, Semua NGO, Pertubuhan-Pertubuhan Profesional, Sukarelawan dari Palestin, Thailand, Singapura, Bangladesh, Para Dermawan dari dalam dan luar Negeri dan juga orang perseorangan. Pengorbanan masa, tenaga bahkan jiwa raga tidak akan dilupakan dan Allah pasti mengganjarinya.
Kepada mana-mana pihak yang terus ingin berbakti dan menyumbang bagi pembangunan semula pasca banjir bolehlah menyalurkannya ke: Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 03018010080024 atas nama penerima: Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 15 Rabiul Awwal 1436/ 6 Januari 2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena