Thursday 8 January 2015

[Video] Lawak apa Rosmah buat nie? Mat Rempit pulak 'dikencingnya'...Motor tu guna enjin jet concorde kut!

Khamis, 8 Januari 2015


LAWAK APA Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan (Jalan Duta) Pun ?

Takkanlah mat2 motor nak merempit selekoh curam lagi sempit (A). Sudah tentu akan memilih jalan yg lebih besar & 'straight', Jalan Duta (C).

Sebenarnya rumah Rosmah terletak agak jauh ke dalam sedikit (200m) di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.

Jadi bagaimana Rosmah dan Najib boleh merasa terganggu dan sampai tak boleh tidur malam kerana gangguan mat2 rempit ???

ADAKAH ROSMAH JUGA DAH PANDAI CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT sepertimana pemimpin2 UMNO yg lain ??



Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun?


oleh Shahbudin Husin,

http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/01/Najib-and-Rosmah-MAHA-M-600x360.jpg
Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit.

Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja.

Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu.

Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Rumah peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.
KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena