Monday 5 January 2015

[Video] Sultan Melaka 'murka' Hairul lamar Hanis ketika konsert Gegar Vaganza...Hilangnya rasa malu?

Selasa, 6 Januari 2015


Kalau Fizo lamar Mawar dalam pawagam, Awal lamar Scha di LIVE di dalam Propaganza, kini giliran Hairul Azreen pulak lamar Hanis Zalikha di LIVE di pentas Gegar Vaganza. Kekonon sweet sangat uolllssss!

16 hrs · 
Artis melamar secara live di kaca TV. Wow, sweet sangat!
Hilangnya rasa malu dan orang islam makin terikut-ikut akan cara barat yakni Yahudi dan Nasrani.

Dari Abu Mas’ud bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya yang diperoleh manusia dari ucapan kenabian yang terdahulu adalah: ‘Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka berbuatlah sesukamu’.”

(Sahih Bukhari, no. 3224, no. 3225, no. 5655, Sunan Abu Daud, no. 4164, Sunan Ibnu Majah, no. 4173, Musnad Ahmad, no. 16470, no. 16478, no. 16485, no. 21314, no. 22170)

Dari Abu Sa’id radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam besabda: “Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan (jejak langkah) orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga seandainya mereka menempuh (masuk) ke dalam lubang biawak pun kalian pasti akan mengikutinya”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang baginda maksud Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)”.

(Sahih Bukhari, no. 3197, no. 6775, Sahih Muslim, no. 4822)

Sultan Melaka 'murka' Hairul lamar Hanis ketika konsert Gegar Vaganza
SHAH ALAM: Sejurus kejutan lamaran oleh Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha, ramai pelayar internet memberi pandangan negatif. 
Tidak ketinggalan individu yang sering mencetuskan kontroversi dengan menggelar dirinya 'Sultan Melaka'.
Sultan Melaka itu mengatakan dirinya 'murka' dengan perkembangan itu melalui laman Facebook sehingga menjadi viral.
Malam tadi, bukan sahaja Hanis Zalikha yang tergamam, malah kesemua penonton rancangan secara langsung konsert terakhir Gegar Vaganza terkejut dengan tindakan Hairul.

Hairul nekad membuat kejutan lamaran itu ketika sesi artis jemputan, Kristal membuat persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu daripada Bruno Mars bertajuk 'I Think I Wanna Marry You'.

Hanis yang dipanggil naik ke pentas dilihat terkejut dan memberikan jawapan selamat 'insyaAllah, terima kasih', sejurus berkata 'ya' kepada lamaran itu.

Sebelum lamaran di pentas Gegar Vaganza dilakukan, Hairul terlebih dahulu berjumpa dengan ibu bapa Hanis untuk mendapatkan restu dan keizinan mereka.

Pasangan pelakon itu berhasrat untuk mengakhiri zaman bujang pada tahun ini juga.
Hanis melalui laman sosial Instagramnya malam tadi melahirkan rasa terharunya dengan lamaran Hairul dan berterima kasih kerana jejaka tersebut mendahulukan keluarganya.

Gegar Vaganza, Bergegar Disaat Banjir Gegarkan Seluruh Negara.

 

Ayai (Ilusi) mempamerkan persembahan... 

HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Mamat (Exist)
Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita fikir sikit, apa faedahnya program ini untuk pembangunan negara, agama dan kemanusian sejagat? Bolehkah program ini melahirkan remaja yang berakhlak mulia seperti yang dikehendaki Allag SWT bagi orang Islam? Begitu juga bagi kepentingan agama-agama selain Islam?

Apa lagi bila Gegar Vaganza bergegar disaat banjir menggegarkan seluruh negara, apa feadahnya dalam usaha membantu mangsa banjir? Tiada perasaan kemanusiaankah?  (IH) 

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena